Selasa, September 30, 2008

TO DO LIST --- HARI RAYA...


Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada;

Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim


Sehari Sebelum Raya



Kuih raya:

Tahun lepas, tugas menyorokkan kuih raya adalah di bawah tanggungjawab ayah aku. Tapi tahun ni, adik laki aku pulak yang kena. Patutlah susah sangat nak jumpa kuih raya sejak sehari dua ni. Nampaknya, adik aku dah jalankan amanah dia dengan baik sekali.


Baju raya:

Setakat ni, belum ada lagi adik-beradik aku yang dah ada baju raya. Menurut mak n ayah aku, kami akan buat cubaan berani mati malam ni. Cari kat pasar malam, kot2 ada penjual yang terjual murah. Kalau2 ada rezeki, dapat la pakai baju baru esok. Kalau tak, terpaksa la buat operasi selongkar almari malam ni… (hahaha.. eno, sorry la kalau wati pakai baju awak raya nanti…!)


Rumah:

Lantai dah siap mop, langsir dan sarung kusyen dah siap tukar. Selalunya rumah dihias oleh kakak aku, tapi memandangkan dia tak balik raya tahun ni, tak tau lah macam mana keadaan rumah kali ni..!


Lampu kelip2 dan pelita:

Oooo… disebabkan tak cukup budget n krisis minyak tanah, kami sekelurga tak terniat nak pasang lampu kelip2 n pelita. Lagi pun, kalau rumah aku menyerlah sangat, kesian kat jiran-jiran lain…

Selasa, September 23, 2008

Program Semaian Kasih bersama ISMA


Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, pada sabtu lepas (20 Ramadhan), kami (sukarelawati ISMA) telah ke Hospital Tunku Jaafar untuk program Semaian Kasih. Aku tak tau camne nak describe aktiviti dia tapi ianya lebih kurang macam kita jenguk orang sakit la. Kami ni datang dengan bawak hadiah (bukan hadiah dari aku, sumbangan org..), bukan dengan tgn kosong. Semasa lawatan tu jugak kami sempat berbual2 dengan beberapa pesakit. Ada yang accident n dok hospital dari hari first puasa lagi, ada budak yang kena apendiks, n banyak juga kes budak2 jatuh sampai mata dan kepala bengkak (nasihat utk semua: jg anak elok2).

Masa lawatan tu jugak, aku sempat melihat kehidupan doktor2 kat sana, secara LIVE !!! Fuhh...Memang betul tak ubah cam dalam citer GREYS ANATOMY. Aku betul2 teruja tengok doktor2 buat keje. Rasa motivated sangat. Doktor-doktor kat sana keje dengan ceria sekali. Best rupanya jadi doktor... rasa puas kalau dapat tengok orang sihat ..

Bergambar bersama sukarelawati ISMA yg lain..


Senior KMS yg tgh tunggu fly pun ada gak...!


Yang ni pulak junior yg blum lagi fly..

Ahad, September 14, 2008

Buat Rakan KMS ku...


Wahai rakan2 KMS ku..

Izinkan aku berkongsi sesuatu yang aku dapat masa ceramah 09/09/2008 aritu.. Hari tu, tak ramai pelajar yang datang, sebab tu aku nak sampaikan beberapa pesanan penceramah..

Antara isi ceramah yang mencuri perhatian telinga aku adalah tentang peranan al-Quran dalam menyucikan hati kita semua. Penceramah tu ada tanya..

"Pernahkah kita merasakan Al-Quran yang kita baca itu membantu kita menyucikan hati?"

Tersentak aku dengan soalan penceramah tu. Aku mula tertanya2, pernah ke hati aku bergetar apabila membaca atau terdengar bacaan ayat2 al-Quran? Kalau pernah, selalu ke? Seorang sahabat aku pernah cakap, ayat2 yang suci ni akan mudah menyentuh hati2 manusia jika hatinya suci....

Aduuhhh... parah! Selalu saja hati ni tidak bergetar...Tiap2 hari sebelum berbuka, pasti terdengar alunan orang mengaji, tapi belum tentu hari2 hati kita tersentuh, apatah lagi bergetar... Kotor ke hati kita?

Astaghfirullah al azim

Astaghfirullah al azim

Astaghfirullah al azim

Ya Allah, lembutkan lah hati2 kami...

Sabtu, September 13, 2008

Kisah saya dan C




Suatu masa dulu
Kawan saya bagi satu paket C
Saya sayang C ni
Saya simpan salah satu C
Dengan harapan saya boleh beli lagi banyak C
Bukan semua orang kenal dan ada C

Semalam
Saya keluar Seremban bersama-sama C
Berhajat nak cari lagi banyak C
Tapi
Tak de rezeki
Tak de kedai yang tau pasal C
Sedih...
Saya balik kolej
Dengan C masih dalam poket

Pagi ni
Saya hantar dobi
Saya nak basuh pakaian semalam
Saya lupa nak keluarkan C dari seluar saya
Kesian C
Hancur...Cair
Kesian saya
Saya dah tak de C
C dah pergi bersama-sama air basuhan dobi

Macam mana nak cari C lagi?
Tak de siapa kenal C
C...oh C...
Saya rindu kamu C
Selamat tinggal C...



P/S: Ada sesiapa tau mana saya boleh cari C?

Jumaat, September 12, 2008

Mmmmm...



Baru beberapa hari lepas aku tau apa maksud kena tag. Hahaha..
Nasib baik ada orang bagi tau.. Sorry la Hanisah, dulu aku tak tau apa masudnya. So ko jgn sedih aku tak jawab soklan2 ko...


Tagged by : Rose Nina bt Roslan. BT31.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Shoot him using M16 or just leave him (banyak lagi orang yg nak kat aku..!)

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Already had my own clinic. (tak payah susah2 belajar IB)

3. Whose butt would you like to kick?
Nobody..(tak baik sepak2 orang..! Mak aku tak pernah ajar.)

4. What would you do with a billion dollars?
Go for honeymoon at the moon and be the second astronout in Malaysia.

5. Will you u fall in love with your best friend?
Of course not !!! My bestfriend is a girl maaa...

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being loved by someone.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Cannot wait even 1 second. I'll find another one..! (jgn buang masa. masa itu emas. huhuhu..)

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Be frank to him... pastu paksa dia tinggalkan awek dia. (ceh... macam berani jer aku ni..!)

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?
I want to act with Dr. Mizuno (1 Litre Of Tears). Act as his nurse...

10. What takes you down the fastest?
No food when hungry..

11. How would you see yourself in ten years time?
A cute, brilliant doctor perhaps. Insya-Allah.

12. What's your fear?
Hungry and pain...

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Poyo... n emotional.

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married and rich. !! Kuang..kuang..kuang..

15. What's the first thing you do when you wake up?
Off the alarm. Then continue sleeping...

16. Would you give all in a relationship?
No! ... 10.0389% (my birthday)

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Both... (pastu tinggalkan dua2... cari yang lain!)

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Yes. Forgive and forget. (tak payah simpan dalam hati. Buat semak jer!)

19.Do you prefer being single or having a relationship?
Single (save pocket money..)

Sabtu, September 06, 2008

Kisah Pemuda Zaman Ini (PART 1)..



Sementara aku teringat ni, baik aku kongsikan dengan korang suma kisah seorang pemuda yang bagi aku agak susah nak jumpa zaman sekarang. Kisahnya begini....




Ada seorang pemuda (namanya dirahsiakan). Aku gelarkan dia sebagai ‘F’ dan pemuda ni aku kenal benar dengan pekerti dia. Pada sekitar 2007, F telah dimasukkan ke sebuah kolej yang system didikannya ala-ala tentera. F ni baru balik dari Mesir sebenarnya (baru habis belajar syariah) dan dia bercadang untuk sambung belajar dalam bidang mekanik computer (tempoh belajar: 6 bulan).

F tidak pernah belajar di tempat yang pergaulannya bercampur laki n pompuan. Sejak berumur 11 tahun, dia hanya belajar di sekolah pondok di Kedah. Langsung tidak pernah berkomunikasi dgn pompuan. Tapi bila dah masuk ke kolej tu, dia tiba2 dilantik jadi Imam dan ketua pelajar di situ.

Dia jadi orang yang agak hot jugak dalam kolej tu. Maklumla, rupa dah ada, ditambah pulak dengan jawatan yang tinggi. Kadang2 F akan dapat surat yang entah dari siapa berbau cinta dan penuh dengan sajak2 jiwang. Surat2 cinta tu F tak baca, dia hanya bagi kat mak dia..Nasib baik, dia ada seorang sahabat yang sama2 dari Mesir belajar di situ. Dapat la saling membantu ‘top up’ iman..

Belajar di tengah2 environment yang sangat sosial ni bukan senang. Tambah2 pulak, ada pensyarah yang sengaja mencari kesalahan pelajar yang mempunyai basic agama dari Universiti al-Azhar ni. F pernah difitnah oleh pensyarahnya bahawa dia sengaja memegang perempuan ketika sesi pelajaran. Padahal semua budak kelas tu tahu yang perempuan tu sengaja nak menggedik dengan F.


" Ala.. kalau ustaz yang dari Mesir pun boleh pegang2 pompuan, apalagi la orang lain..." begitu la ayat2 sumbang yang cuba nak disebarkan oleh pensyarah itu ke seluruh kolej.

Selepas beberapa bulan belajar di sana, nak dijadikan cerita pulak, si F telah jatuh hati dgn sorang gurl di kolej itu(aku tak tau nama dia apa). Pompuan tu agaknya orang baik2 gak kot. Sebab dalam suasana kolej yang sangat sosial tu, masih wujud lagi pompuan yang langsung tidak bercakap dengan mana2 laki dan tidak couple lagi. Pakaiannya juga sopan dan boleh tahan lawa la orangnya.…

(bersambung di PART 2)....


Jumaat, September 05, 2008

EKSPERIMEN KE ATAS KANAK2


Masa cuti haritu, aku ada buat satu eksperimen untuk menguji emosi kanak2. Aku try buat macam apa yang abang aku pernah buat kat aku masa aku kecik dulu. Eksperimen ni aku jalankan ke atas adik Akmal (anak jiran aku yang mak aku jaga).

Material: Akmal (kanak2 berusia 3 tahun), suara sendiri.
Method:
  1. Cakap kuat2 kat dalam rumah " Mak..! Akmal buang air dalam seluar!"
  2. Tunggu respond dari kanak2 yang diuji
  3. Ulang langkah 1 dan 2 buat beberapa kali.
  4. Jika perlu, dapatkan bantuan adik beradik lain (supaya kesannya lebih cepat).
  5. Eksperimen dihentikan jika kanak2 tersebut didapati hampir menangis.
  6. Catatkan pemerhatian.

Pemerhatian:

  • buat beberapa kali, Akmal akan menafikan fitnah yang cuba dilemparkan kepadanya..
  • selepas seminit, wajahnya bertukar masam
  • akmal menjadi lebih agresif, dia cuba melemparkan kereta mainannya ke arah aku.
  • selepas beberapa minit, matanya mula berair.
  • eksperimen terpaksa dihentikan sebelum mak dapat tau akmal nangis...

Kesimpulan:


Berdasarkan pemerhatian, aku dapat simpulkan yang kanak2 tak suka diri mereka difitnah. Mereka juga mungkin telah mempunyai perasaan malu seawal usia 3 tahun. Kanak2 akan bertindak sesuka hati untuk melindungi diri daripada dimalukan tetapi tidak pula tahu bagaimana untuk membuktikan bahawa mereka adalah benar.Mereka akan marah jika difitnah lalu menangis jika tidak mampu berbuat apa2.






Wajah Akmal sebelum eksperimen dijalankan..


Wajah Akmal selepas beberapa minit eksperimen.




Akmal terpaksa dipujuk apabila hampir menangis..


Hasil kajian aku ni membuatkan aku terfikir bahawa perasaan sensitif, geram dan rasa ingin melindungi diri ini telah wujud sjk kita kecil lagi.. Jadi, orang dewasa sepatutnya lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Dan kita sepatutnya mempunyai perasaan ingin melindungi apabila hak-hak kita atau SAUDARA-SAUDARA KITA dicabul... Peka kah kita? Atau kita ini tidak ubah seperti kanak2 berusia kurang dari tiga tahun.?