Isnin, Disember 08, 2008

MUJAHID...




Seminggu sebelum peperiksaan akhir smester 3, aku berkesempatan ke rumah Ustaz Zainurrashid. Memandang akak Usrah aku, Kak Akhma masih dalam pantang, usrah kali ni terpaksa dilakukan di bawah Doktor Maziah, isteri doktor Zainurrashid.

Ustzh tu lemah lembut orangnya, dan aku fikir dia sangat pandai mendidik anak. Mana tidaknya, anak2 nya semua nampak bijak-bijak belaka. Petah berkata-kata dan kelihatan sungguh matang, jauh berbeza dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Perkara yang paling buatkan aku rasa kagum ialah tentang kisah anak bongsu Dr Zainurrashid, namanya Lokman. Menurut kakaknya, satu hari guru tadika Lokman pernah bertanyakan tentang cita-citanya.


Cikgu Tadika : Lokman, bila besar nanti, Lokman nak jadi apa?

Lokman : Lokman nak jadi MUJAHID.
Cikgu Tadika : Mujahid? Yang pegang senapang tu? Waaa… Lokman nak jadi mujahid, nak tembak sapa?
Lokman : Nak tembak YAHUDI….!

Tergamam aku, Auni, Madeeha dan Arina. Tak sangka kanak-kanak sekecil 5 tahun ni tahu juga pasal YAHUDI, pasal palestin dan yang paling penting, sudah tertanam semangat MUJAHIDIN. Belum pernah aku jumpa kanak-kanak di Malaysia ni yang bercakap pasal isu dunia dan masalah umat. Tinggi betul semangat budak ni, sejak kecil telah dididik dengan semangat jihad.


Mungkin sebab Lokman ni satu-satu lelaki dalam adik beradiknya, dialah yang paling menyerlah dgn semangat jihad. Alangkah bagusnya kalau semua ibu bapa bersikap seperti Dr Zainurrashid. Pada aku, Dr Zainurrashid sudah berjaya membentuk baitul Muslim. Kagum… aku betul2 kagum dengan family ni.






p/s: Lihatlah bagaimana kanak2 melihat masa hadapan mereka.... kadangkala pandangan mereka lebih jauh daripada pandangan mata kita!

Selamat Menyambut Eidul Adha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini