Isnin, Oktober 27, 2008

Cinta Seorang Hamba Allah



Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku kepada seseorang yg melabuhkan cintanya untukMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu ya Muhaimin,

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMu,
agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu,

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada Mu,

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku kepada seseorang yg merindui syahid di jalanMu,

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya kenikmatan bermunajat di sepertiga malam akhir Mu
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepada jalanMu.

Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
janganlah sampai melampaui batas sehingga aku melupakan cinta yang abadi dan hakiki.


AMIN

Doa drpd;

Adik Aisyah...

(Thanks for reminding me!..)

Ahad, Oktober 26, 2008

Raya...Raya...


Seronok berjalan2 di kala cuti Deepavali ni..
maklum la, masih dalam mood raya

Banyak tul rumah terbuka
Banyak rumah, banyak la makanan... huhuhu....
Ada gak yg aku ter miss..

1- Rumah Auni
2- Rumah Cikgu Suwandi

Aku paling suka rumah Cikgu Halimaton
coz ada favorite food kat situ ;

*Puding sedap cikgu Halimaton
*Kek coklat
*Kuih raya

Adoii...lebih baik jgn cakap masa tgh lapar ni..!!!
Perut aku dah mula merembeskan jus gester di kala otak memikirkan makanan..

Semalam sempat ke rumah Puan Arfa kejap..
jumpa anak2 nyer yg sangat coooomeeeeel.!



bayi yg senyap tetapi active






Seronok tul si Irfan ni tgk cerita Ultraman DYNA


Sabtu, Oktober 25, 2008

MEI YAN



"Akak agak-agak umur saya berapa?" kata seorang jurujual di kedai yang aku jumpa di Terminal One semalam.

"Umur saya 18" terkejut aku dgn jawapan dia. Rupa dia agak matang kalau nak dibandingkan usianya. Kemudian dia kata,

"Saya tak belajar. Tgh cari duit nak sambung belajar". Tak tau kenapa lah aku rasa kagum dengan jawapan dia. Tanpa rasa segan silu, dia mengatakan dia tak sambung belajar lagi.

"Saya nak teka. Antara akak dua orang ni, yang ni mesti kakak." Kata dia merujuk kepada Asmaa' yg berada di sebelah aku. Nak tergelak aku. Nampak sangat aku ni awet muda drpd Asmaa' (nada riak..huhuhu..).

"Akak belajar lagi?"

"Ya"

"Akak balajar apa? Nurse?"

"Tak lah. Akak ni bakal doktor n akak amik actuarial science" Budak tu nampak terkejut. Tak tau la sebab apa.

"Wow.. Akak ni mesti pandai2 kan? Saya dulu dapat 3A jer (merujuk kpd result SPM)." Sekali lagi aku terkejut. Bukan kerana resultnyer, tapi kerana semangatnyer. Walaupun dia hanya dapat 3A tapi dia sangat bersungguh-sungguh nak sambung belajar.

Aku tersedar akan sesuatu. Selama ini aku tak terfikir pun ada orang yang sedang berusaha jauh lebih keras daripada aku semata-mata untuk menyambung pelajaran. Aku bersyukur kerana menjadi insan pilihan Allah yang dapat meneruskan pelajaran tanpa perlu menanggung beban pembiayaan palajaran. Bersyukur.. memang bersyukur. Alahamdulillah..

Sebelum sempat aku beredar dari kedai tu, sempat aku bertanyakan nama dia.

MEI YAN...

Aku akan ingat nama ni sampai bila2 (selagi tidak hilang ingatan).... Pertemuan yang ditakdirkan ni telah menjadikan aku kembali bersemangat untuk terus menempuh IB. Aku akan ingat, ada bangsa lain yang turut berusaha lebih keras daripada aku...

Isnin, Oktober 06, 2008

Malam yg gelap...



Waduhhh… Gelap. Panas. Rumah tak de letrik. Agaknyer satu Taman Kerian bergelap sekarang.. Sementara laptop tgh ada bateri ni.. sempat aku YM ngan Hanisah jap.



Hanisah Razak AS31: ㄎㄎㄎㄎㄎㄎ.....


Nor Shafawati Othman: rumah aku gelap
Nor Shafawati Othman: tak de letrik
Hanisah Razak AS31: abis tu ko kat mana
Nor Shafawati Othman: kat umah la.. panas....!!!
Hanisah Razak AS31: haha...sian
Nor Shafawati Othman: ingat nak bersejuk kat tepi peti ais... tapi peti ais pun pakai letrik gak...
Nor Shafawati Othman: nasib baik sempat minum air sejuk kat fridge..
Hanisah Razak AS31: ko ni

Nor Shafawati Othman: tadi adik aku terjaga , bgn amik kipas mengkuang
Nor Shafawati Othman: hahaha.. dah berhabuk kipas tu.. baru nak guna!
Hanisah Razak AS31: apala
Hanisah Razak AS31: ko pun
Hanisah Razak AS31: sempat lagi nak on9 ek. bgs tul!
Nor Shafawati Othman: bateri tgh penuh.. saje nak kasi abg aku jeles..
Hanisah Razak AS31: eleh, eksen..
Nor Shafawati Othman: dia tgh wat keje..
Hanisah Razak AS31: oooo
Hanisah Razak AS31: buat keje apa? kan tgh gelap tu
Nor Shafawati Othman: keje dia terbantut... dia tgh bengang... tu pasal aku tayang laptop aku yg berbateri penuh ni..
Hanisah Razak AS31: hampeh ko ni. apa punya adik ntah


Nor Shafawati Othman: wah..... letrik dah ada!
Hanisah Razak AS31: ler
Nor Shafawati Othman: nak pasang kipas kuat2 ni.....
Hanisah Razak AS31: ha
Hanisah Razak AS31: silakan
Nor Shafawati Othman: aku rasa orang yg curi kabel tadi dah kena tangkap la
Nor Shafawati Othman: huhuhu.... pandai2 wat assumption
Hanisah Razak AS31: haha
Hanisah Razak AS31: ntah ko ni.sekeh kang

Nor Shafawati Othman: tadi abah aku call dr hospital..
Nor Shafawati Othman: rasanya kat hsptl pun tak de letrik gak..
Hanisah Razak AS31: buat apa mlm2 kat hosp?
Nor Shafawati Othman: keje. arini ayah aku keje shift mlm
Hanisah Razak AS31: ooooo

Nor Shafawati Othman: jap.. nak tutup torchlight


Tu jer yg sempat dibualkan..

Ntah kenapa aku rasa 'kegelapan' yang sekejap itu buatkan aku rasa seronok...
Waktu ni lah kita terfikir nak buat apa yg kita tak terbuat. Contohnya, tadi baru aku teringat yang 'kuih raya' Pn Khomah aku tak sentuh lagi! Tak ingat la samada aku bawa balik ke tak... Hahaha... apa punya anak murid la aku ni.

p/s: sediakan kipas mengkuang sblm letrik tak dak!

Selasa, September 30, 2008

TO DO LIST --- HARI RAYA...


Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada;

Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim


Sehari Sebelum Raya



Kuih raya:

Tahun lepas, tugas menyorokkan kuih raya adalah di bawah tanggungjawab ayah aku. Tapi tahun ni, adik laki aku pulak yang kena. Patutlah susah sangat nak jumpa kuih raya sejak sehari dua ni. Nampaknya, adik aku dah jalankan amanah dia dengan baik sekali.


Baju raya:

Setakat ni, belum ada lagi adik-beradik aku yang dah ada baju raya. Menurut mak n ayah aku, kami akan buat cubaan berani mati malam ni. Cari kat pasar malam, kot2 ada penjual yang terjual murah. Kalau2 ada rezeki, dapat la pakai baju baru esok. Kalau tak, terpaksa la buat operasi selongkar almari malam ni… (hahaha.. eno, sorry la kalau wati pakai baju awak raya nanti…!)


Rumah:

Lantai dah siap mop, langsir dan sarung kusyen dah siap tukar. Selalunya rumah dihias oleh kakak aku, tapi memandangkan dia tak balik raya tahun ni, tak tau lah macam mana keadaan rumah kali ni..!


Lampu kelip2 dan pelita:

Oooo… disebabkan tak cukup budget n krisis minyak tanah, kami sekelurga tak terniat nak pasang lampu kelip2 n pelita. Lagi pun, kalau rumah aku menyerlah sangat, kesian kat jiran-jiran lain…

Selasa, September 23, 2008

Program Semaian Kasih bersama ISMA


Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, pada sabtu lepas (20 Ramadhan), kami (sukarelawati ISMA) telah ke Hospital Tunku Jaafar untuk program Semaian Kasih. Aku tak tau camne nak describe aktiviti dia tapi ianya lebih kurang macam kita jenguk orang sakit la. Kami ni datang dengan bawak hadiah (bukan hadiah dari aku, sumbangan org..), bukan dengan tgn kosong. Semasa lawatan tu jugak kami sempat berbual2 dengan beberapa pesakit. Ada yang accident n dok hospital dari hari first puasa lagi, ada budak yang kena apendiks, n banyak juga kes budak2 jatuh sampai mata dan kepala bengkak (nasihat utk semua: jg anak elok2).

Masa lawatan tu jugak, aku sempat melihat kehidupan doktor2 kat sana, secara LIVE !!! Fuhh...Memang betul tak ubah cam dalam citer GREYS ANATOMY. Aku betul2 teruja tengok doktor2 buat keje. Rasa motivated sangat. Doktor-doktor kat sana keje dengan ceria sekali. Best rupanya jadi doktor... rasa puas kalau dapat tengok orang sihat ..

Bergambar bersama sukarelawati ISMA yg lain..


Senior KMS yg tgh tunggu fly pun ada gak...!


Yang ni pulak junior yg blum lagi fly..