Sabtu, Jun 28, 2008

PERMULAAN

Buat pertama kalinya dalam hidup aku menulis dalam blog. Mulanya aku rasa seperti kekurangan privacy tapi bila difikir-fikir, aku rasa blog ni perlu supaya aku sentiasa merasa ingin berkongsi. Walaupun x bnyk, at least aku pernah..

Aku sebenarnya sangat suka baca blog orang.. Suka nak ambil tau sgt kisah idup orang. Terukkan? ish.. x delah teruk sangat.. biasa la tu, nak ambil tau hal semasa n perkembangan manusia.. Kadang2 rasa bersalah, kadang aku buat dekkk jer.. sementara tengah rasa bersalah ni, aku pun buat la blog.. kesian pulak kat orang yang blognya pernah di'view' aku, aku tau pasal dia, dia x tau pasal aku... (ceh.. kesian sangat la tu..)

Dengan blog ni jugak aku harap aku dapat mengabadikan perjalanan aku menjadi seorang doktor (insya-Allah). Segala kepayahan, kesedihan, kesukaran, keperitan dan kesengsaraan (ish.. over tul!) akan aku muatkan dalam blog aku supaya bila aku dah tua2 nanti, anak cucu aku dapat belajar betapa neneknya ini sangat dedikasi dalam pelajaran..(angkat bakul la pulak, tapi memang betul pun..). Itu pun kalau blog aku masih wujud masa tu..

Mmmm..
Nak tau tak satu cerita?
x nak tau pun aku nak bg tau gak..
Aku sebenarnya x de lah nak sangat jadi doktor ni (kalau abah dengar mesti kecewa..). Dulu aku memang obses sangat nak jadi doktor. Tapi bila aku dengar dari mulut kebanyakan doktor sendiri yang cakap doktor ni kerja nyer sangat sibuk, aku terus rasa down. Maybe aku expect aku nak hidup yang senang jer bila dah besar nanti. Nawaitu aku memang teruk kan? Lepas ni kena la aku ubah niat aku ni..
Nak tak nak aku kena gak teruskan perjalanan aku ni.. Sapa suruh aku start? (takdir Allah la..)
Takpe2, yang penting aku habiskan belajar dulu. Besar nanti tak semestinya aku akan jadi doktor. Maybe aku akan jadi guru tadika atau surirumah je..(siapa tahu?)

Tapi, tau tak macam mana aku boleh jugak keraskan hati pilih nak jadi doktor ni? Bila aku fikir-fikir pasal saudara-saudara aku kat Palestin, aku rasa bersalah sangat. Mereka di sana sedang bergelumang dengan peluru dan bom-bom. Takkan diorang je yang perlu tumpahkan darah demi Islam? Aku pun kena juga menyumbang.. Tapi untuk masa sekarang, bukan dengan darah tapi dengan keringat. Moga aku akan terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menjadi seorang insan bergelar doktor. Amin...