Ahad, Disember 12, 2010

Akhlak bersama sahabat



"Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama pembawa minyak wangi dan tukang besi, ada pun pembawa wangian samada dia memberimu sedikit ataupun kamu membeli daripaanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi manakala tukang besi samada dia akan membakar baju ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk".


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kita seringkali berusaha untuk mencari sahabat terbaik, dengan harapan akhlak kita akan jadi sebaik sahabat itu. Tapi, bila dah jumpa sahabat yang baik kita mula lupa diri. Awalnya, sahabat kita akan dilayan seperti insan teristimewa..

Namun selepas sebulan, dua bulan, setahun, dua tahun, kita (atau mungkin hanya saya) mula menunjukkan perubahan sikap. Dari cara bergaul yang paling sopan, kepada yang lebih kasar. Kasar tanda mesra... Adab-adab sopan sudah tidak banyak yang dijaga, alasannya kita tidak mahu hipokrit dengan sahabat baik. (hurm.. macam munasabah jer alasan ni..)

Sedar tak, kadang-kadang kita ni lebih sopan dan menjaga hati rakan yang baru sahaja sehari dua kita kenal? Kawan yang lama, kita layan endah tak endah jer.. Dengan orang lain, kita akan bertegur mesra dan bertukar senyuman ketika bertemu di jalan.

Jika beginilah sikap kita terhadap sahabat, apakah faedah yang kita dapat? Alangkah ruginya jika persahabatan yang dibina disia-siakan begitu sahaja. Bagi saya, mempertahankan persahabatan adalah jauh lebih sukar daripada mencari persahabatan. Kita perlu lebih berhati-hati dengan tutur kata dan tindakan, agar tidak mengguris hati sahabat. Ya, ia memerlukan mujahadah!

Ayuh kita muhasabah diri, di mana silapnya kita dalam bersahabat. Kita bersahabat bukan hanya untuk mengambil manfaat, bahkan untuk memberi manfaat kepada orang lain.


Ahad, November 28, 2010

'Ajibtu - Aku Hairan

Patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
Kita bermain sedangkan maut itu bukan mainan,
Aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
Aku hairan,
Sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.

Adakah patut seorang itu terus leka dan bermain,
Sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
Kita melihat apa yang kita lakukan(amalan) selalunya,
Tewas kepada setiap keseronokan.

Kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
Dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih(terlebih afdhal untuk beribadat),
Dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan(diisi dengan tanggungjawab),
Dan kepada semuanya itu ada kesan(catatan) yang ditulis.

Sumber: di sini





Ahad, November 14, 2010

Alhamdulillah....


HAVE YOU EVER SAY THANK YOU TO ALLAH?
AND...
IS IT ENOUGH?


"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia tidak akan terhitung."
(Surah Ibrahim: Ayat 34)

Budget... oh.. budget


PENGURUSAN JENAZAH-Perkara perlu

1. Keranda + Kain Kapan = Rm 350.00
2. Mandi Jenazah = L -RM 65.00 P- Rm 70.00
3. Kederaan (Kubur Pusat Bandar) = RM 50.00
4. Korek Kubur (Kubur Pusat Bandar) = RM 150.00
5. Pendaftaran (Masjid Daerah) = RM 50.00
6. Imam = ?
7. Talkin = ?
Sumber: di sini..

p/s: hurm.. banyak juga ye kena simpan..




Khamis, November 11, 2010

Jom belajar Arab jap!!

Berkali-kali dengar lagu ni dan tercari-cari lirik bahasa Arabnyer.. Alhamdulillah, baru jer terjumpa.

Lagu: Sanakhudu by Tareq Jabar

سنخوض معاركنا معهم وسنمضي جموعا نردعهم
we'll fight our battles with them,we will go together to stop them

ونعيد الحق المغتصب وبكل القوة ندفعهم
and we'll b ring back the taken right ,and we'll push them with all our power

بسلاح الحق البتار سنحرر أرض الأحرار
By the weapon of truth, we'll set the land of the free ones free

ونعيد الطهر إلى القدس من بعد الذلّ و ذا العار
and bring back the purity to Al Quds after the disgrace and humiliation

و سنمضي ندك معاقلهم بدوىّ دامٍ يقلقهم
And we will carry on, bring down their fortress, with strong sound that will scare them

وسنمحو العار بأيدينا وبكل القوة نردعهم
And we will erase our humiliation by our own hands, with all force, we will stop them

لن نرضى بجزءٍ محتلّ لن نترك شبرا للذل
We will never accept a slain part of our land ,we won't let an inch for humiliation

ستمور الأرض و تحرقهم في الأرض براكين تغلي
The land will burn them all ,there are volcanoes that are boiling





Rabu, Oktober 06, 2010

Kesabaran dan ketinggian budi

Zaid bin Sana, seorang pendita Yahudi telah menarik dengan kasar baju dan serban Rasulullah SAW sambil berkata, "Hai Muhammad, bayarla hutangmu!"

Saidina Umar begitu marah mendengar kata-kata Zaid lalu mengugutnya, tetapi Rasulullah SAW berkata dengan tenang, "Bayarlah kepadanya hutangku. Dan tambahkan 20 gantang kurma sebagai ganti ugutanmu tadi. Sebenarnya masih ada beberapa hari lagi tempoh membayar hutangku itu."

Ketika menerima kurma tambahan itu, Zaid bertanya, "Tambahan apakah ini wahai Umar?" Jawab Umar, "Aku disuruh menambahi padamu sebagai imbalan ugutanku tadi."

Lalu zaid berkata, "Hai Umar, ketika aku melihat wajah beliau, aku lihat segala tanda kenabian di wajahnya kecuali dua perkara sahaja yang belum aku buktikan, iaitu kesabaran dan ketinggian budi beliau. Kini terbukti kesabarannya lebih ketara dari kemarahannya, semakin marah makin bertambah sabar. Saksikan hai Umar, bahawa aku masuk Islam dan saksikan juga bahawa separuh daripada hartaku aku sedekahkan pada kaum Muslimin."


p/s: Sabar, sabar dan sabar....

Sumber: Fiqah Berinteraksi dengan non-Muslim m/s 36

Selasa, Ogos 31, 2010

Pandangan Mata


"Pandangan mata adalah panah beracun dari antara panah-panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya karena takut kepada-Ku maka Aku ganti dengan keimanan yang dirasakan manis dalam hatinya." (HR. Al Hakim).





p/s: jaga mata, jaga hati, jaga iman.. =)


Ahad, Ogos 22, 2010

Stain Remover


“Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

{ Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji
Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}





Credit to: Mirgani Ahmed.. dan link ini

Ahad, Ogos 15, 2010

Terasing kerana dosa





"Ketahuilah, tidak ada hati yang merasakan keterasingan (dari Allah)
kecuali kerana DOSA...."


Isnin, Julai 26, 2010

Kuliah Online bersama Ustaz Sofi

Mari... mari semua..
JOM dengar kuliah online bersama ustaz Sofi.




video

Sabtu, Jun 19, 2010

Rakaman Ceramah Online Ustaz Zaharuddin - Tajuk: Judi Bola

Bagi yang tak berkesempatan mendengar kuliah online Ustaz Zaharuddin yang lepas, disini disediakan link rakaman berkenaan. Saya amat-amat menganjurkan supaya rakan-rakan dapat meluangkan masa mendengarnya...

Sedikit Ringkasan mengenai rakaman ini:

CIRI JUDI:
1-Permainan itu bergantung kepada nasib
2-kemenangan atas pihak yang lain
3-hadiah daripada wang peserta

JUDI BENTUK MODEN
1- Teka nombor, SPORT TOTO
2- Permainan meneka jawapan dan menghantar jawapan secara berbayar
3- Melalui stock market (pasaran saham)
4- Insurans
5-Kad diskaun
6-Forex trader

KESAN JUDI:
1-Kesan ketagihan
2-Membawa kepada masalah sosial lain
3-Meruntuhkan institusi kekeluargaan
4-Merosakkan spiritual

Nak tahu lebih lanjut, JOM DENGAR
.. klik di sini untuk download



Isnin, Jun 14, 2010

Selamat Pengantin Baru..


Mabruk... Mabruk.. Mabruk.. Barakallahulakuma

Mohd Fahmi bin Othman
dan
Ruhul Liyana binti Halim

Alhamdulillah, akhirnya abang saya dah selamat dinikahkan
pada 13 Jun 2010


Foto: Abang saya bersama ISTERINYA.. (maaf atas gambar yang tak diminta izin)


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga

Amiiiiinn...

p/s: sedihnya tak dapat hadir ke majlis bersejarah ni.. doakan adikmu di Czech, tgh nak exam.. uwaaa

Jumaat, Jun 11, 2010

Slide Kuliah Cikgu Jowel 12 Jun 2010

Kuliah online Mr Jowel

Ahad, Mei 30, 2010

Kuliah Online bersama Cikgu Jowel

Mari kawan-kawan semua, kita luangkan sedikit masa di musim peperiksaan
untuk mendengar Tazkirah oleh Cikgu Jowel.

Tarikh: 12 JUN 2010
Hari: Sabtu
Masa: 5pm-6pm (waktu Malaysia)
Medium: Paltalk (Sila Add: Nor Shafawati)
Tajuk: There's no LOADING in Taubah, Life is Uncertain...


video

Ahad, Mei 23, 2010

WOW 2010


Buat adik-adik junior di KMS,
IB dan A Level,
jangan lepaskan peluang untuk ke program WOW 2010.

Ha? WOW? Apa tu?
Jeng.. jeng.. jeng.. ! Ni Dia..




Apa yang boleh dapat kat program WOW? Best ke? Berbaloi tak? Nak tau, meh kita tengok apa kata mereka yang dah pernah pergi....

(Klik kat gambar kalau tak nampak tulisan tu.. hehehe..)





Ha.. Rasa nak pergi tak?
Jangan malu, jangan segan.. Daftar jer kat sni

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman web WOW 2010..


Mu’az Firdausi Fund Appeal


Mu’az Firdausi Fund Appeal

www.iLuvislam.com
Khairul Izham
Editor : Im Koyube




First of all, I would like to thank all of you who has already been helping us by making continous du’a, monetary donations, as well as moral support to me,my wife Hazilla,a nd our young mujahid Mr. Muaz Firdausi bin Khairul Izham. I can only hold my hands up and pray to Allah that He may grant all of you al-Jannah for the things that you have done in making this easier for us.

For those who doesnt know the story yet, my wife gave birth to our first son on the 19th May 2010. However, it was a premature birth where our baby was delivered 13 weeks before my wife’s expected delivery date. This totally caught us by surprise as from the last check up that we had a week earlier we were told by the doctor that everything up to that point has been fine.

Whilst we felt very thrilled and grateful that Allah has given us our eagerly-awaited young mujahid in the shape of the little Mu’az Firdausi, the timing of it did caught us by surprise as we were actually planning to deliver the baby in Malaysia. In Czech, all pregnant women must have a pregnancyinsurance cover which would entitle them to care and treatment in the hospital. However, the insurance was quite expensive and we have decided against taking the insurance as we would not be able to bear the financial side of it,plus we were planning to have our baby delivered in Malaysia anyway. Little did we know that The Almighty has had a different plan.


As with other premature babies, our little Muaz Firdausi would need to be cared for in a special unit with an incubator and everything for about 40 days if everything goes smoothly.Without the insurance, we are going to have to bear all the cost ourselves..and the cost for using the incubator per day is 25000kc which would translate into around EUR1000 per day. So in total we are looking at a figure of EURO 40 000 just to make sure that our little Muaz get every little help he needed to survive this test Allah has given him(and us) since day one of his life.

Therefore, we would really appreciate if any of you who would be willing to contribute financially to lessen our burden here though this centralized appeal account organized by Majlis Syura Muslimun(MSM) UK & Ireland who has kindly agreed to act as a donation point for us. Even if you cant help out financially and making du’a is pretty much the only thing u can contribute, we would still be eternally grateful for that as well.

So the account details are:

Account No : 31458272(HSBC)
Sort Code: 40-31-17
Account Name: MSM Appeal
Reference : Muaz Firdausi


We have also set up a Paypal donation scheme in case you are from outside of the UK.. here is the link to the Paypal. LINK.


Finally, thank you so much for your time reading this appeal…on behalf of our little family I thank you in advance for each and every little help that you’re giving us, may Allah reward all of you with His Jannah, ameen.

Ahad, Mei 09, 2010

Ada ke judi halal dan judi haram?

Semakin aku tak faham dengan penyakit melanda di Malaysia, perlukah diberikan lesen untuk perjudian semata-mata untuk menghalalkan perkara yang sudah termaktub haramnya? Ada beza ke hukum judi kalau dikeluarkan lesen atau tak?

Allah sendiri sudah mengharamkan judi di dalam Al-Quran tapi masih ada juga hamba-Nya yang berani mencabar hukum.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
(2:219)


Tidak perlu untuk berdolak-dalik bertanya soal hukum. Jika ditanya orang biasa sekali pun, tiada siapa setuju yang judi ni menguntungkan. Setakat untung yang seketika tidak membawa ke mana, jika masa depan keluarga menjadi turut taruhan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(5:90)

Wahai pemimpin sekalian, ingatlah, kita semua bakal dipersoalkan di mahkamah Allah kelak mengenai apa yang dikerjakan. Tidak perlu mengejar redha manusia jika ia mendatangkan murka Allah.

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
(16:116)


Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Mei 6, 10 5:56pm

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

Jumaat, April 23, 2010

Jualan T Shirt Labuh Muslimah

Alhamdulillah..
Satu bungkus baju T shirt dari Malaysia dah sampai!!


MA1
SAIZ: L
HARGA: 290kc



MA2 (sold)
SAIZ: S
HARGA: 290 kc




MA3 (sold)
SAIZ:M
HARGA: 290 kc


MA4 (sold)
SAIZ: M
HARGA:290 kc





MA5 (sold)
SAIZ: XL
HARGA: 290kc




MA6
SAIZ: M &L
HARGA:290 kc



Bagi sesiapa yang berkenan dengan mana2 baju,
boleh la buzz saya di YM.
Bagi tahu saya kod baju.
Atau, boleh berkunjung terus ke rumah saya di Jana Masaryka.

YM id: shafa_az_zahrah

Ahad, Mac 21, 2010

Countdown Dissection Week - 1 day to go

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(An-Nisa', 4:10)

Sabtu, Mac 20, 2010

Countdown Dissection Week - 2 days to go

Sekali-kali tidak! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.
(Al-'Alaq,96:15-16)



Jumaat, Mac 19, 2010

Countdown Dissection Week - 3 days to go


Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Ali Imran, 3:6)


Khamis, Mac 18, 2010

Countdown Dissection Week - 4 days to go

Sesungguhnya kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka menjadilah mereka terdongak.

(Yaasin, 36:8)

Rabu, Mac 17, 2010

Countdown Dissection Week - 5 days to go


Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu : "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

(An-Nahl,16:116)

Ahad, Februari 14, 2010

Saya Rindu Mak...

Saya rindu mak
Tadi teringin nak makan pedas
Teringat sambal udang mak
Tadi Maira dan Azhani masak kek
Teringat kek pisang mak
Tadi azhani tunjuk baru dia
Teringat baju raya yang mak buat
Tadi tengok video ni...
Teringat mak jugak
Rindu....


Ahad, Februari 07, 2010

God Bless You...


Suatu hari ketika dalam kelas Czech Language.

Aku : Aaachuuummm...... Alhamdulillah
Jejaka misteri : God bless you..

Terharu.. Tercari-cari gerangan empunya suara. siapa tu?

Aku :
Aaachuuummm...... Alhamdulillah
Jejaka misteri: God bless you..

Tindakan refleks kepala ni terus terjenguk-jenguk sekali lagi mencari empunya suara. Mana tau kalau-kalau orang nyer hensem. Kali ni otot sternocleidomastoid aku bertindak cekap, aku berpeluang memandang tuan punya suara tu. Ooo.. Eric Dragos rupanya.. Aku tersenyum seketika.. hanya seketika. Kemudian kembali tertunduk kecewa.. Kecewa bukan kerana dia tak hensem tapi sebab.....


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda,

“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima, menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin”
(HR. al Bukhari dan Muslim, hadits no. 900 pada Tarjamah Riyadush Shalihin)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud;

“Jika salah seorang dari kalian bersin lalu mengucapkan alhamdulillah, maka hendaklah kalian mengucapkan tasymit (ucapan yarhamukallah) baginya, namun jika tidak, maka janganlah mengucapkan tasymit baginya” (HR. Muslim no. 2992)

Nota kaki : Aku adalah seorang Muslim, Eric Dragos pula adalah penganut Kristian.

Ahad, Januari 31, 2010

Awaken



We become the visual without a soul
Despite the heat
Our homes felt so empty and cold

To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brothers and sisters
It's the time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself
Cause Allah is watching you..

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?

Snipped from: Awaken by Maher Zain



Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

(Al-Baqarah,2:177)



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(Ali Imran,3:14)


Rabu, Januari 27, 2010

Bila Kita Syahid

Tidak!
Tidak!
Tidak!

Bila kita syahida
Kita pergi ke syurga

Tidak!
Jangan katakan kami adalah anak-anak kecil
Dek kerana kehidupan ini, kami menjadi dewasa
Tanpa Palestin apakah ertinya zaman kanak-kanak

Walaupun mereka memberikan kami dunia dan hartanya
Tidak!
Tidak akan sekali-kali kami melupakan Palestin
Tidak!
Tanah airku dan darahku adalah demi Palestin
Tanpa Palestin, apakah ertinya zaman kanak-kanak..

Kamu adalah kanak-kanak
Kamu memenuhi tuntutan fardhu dan sunnah
Tiada Tuhan melain Allah
Sebaik-baik saksi adalah kekasih Allah
Kamu mengajar kami erti kedewasaan dan keberanian

Ya Allah,
Dengan rahmat-Mu
Aku pohon pertolongan
Yang Maha Hidup
Yang Maha Berdiri Sendiri
Yang Maha Mengasihani antara yang mengasihani
Yang Maha Pemurah antara yang pemurah
Ya Allah,
Menangkanlah Islam dan umat Islam
Ya Allah,
Bantulah kanak-kanak Palestin
Cukuplah Allah bagi kita
Dan Dialah sebaik-baik pelindung
Ya Allah perkenankanlah doa kami





Di kala aku sibuk dengan ulangkaji menghadapi ujian Cell Biology, tiba-tiba YM aku disapa Kak Lah (bukan nama sebenar) dari Hradec Karlove. Dia bagi aku lagu ni. Comel kan?


Mmmmm.....Kat sini, bukan perihal comel yang aku nak cakapkan, cuma ingin mengajak kita berfikir dan muhasabah diri melihat betapa kudusnya hati kanak-kanak Palestin ini. Mereka berbangga dengan kelahiran mereka di tanah Palestin. Tersentak aku bila mendengar bait-bait liriknya:

"Tanpa Palestin, apakah ertinya zaman kanak-kanak...."


Bagi mereka, zaman kanak-kanak mereka tak bererti tanpa Palestin. Sampai begitu sekalikah kedudukan Palestin dalam hati mereka? Anak sekecil 5 tahun menganggap 'ketidakamanan' di Palestin sebagai sesuatu yang melengkapkan zaman kanak-kanak? Berhadapan dengan kereta kebal adalah indah bagi mereka. Di kala kanak-kanak lain bermain berkejaran bersama ibu bapa tercinta di taman yang serba indah, anak-anak Palestin turut berkejaran dengan askar Zionis di bawah hujan peluru sesat. Mungkin itulah perbandingan keindahan zaman kanak-kanak yang mereka maksudkan. Subahanallah.. sedari kecil, mereka dah dikurniakan Allah perasaan manisnya berjihad.


Pernah saya terbaca dalaam buku Dari Beirut ke Jerusalem tulisan Dr Ang Swee Chai (sukarelawan pasukan palang merah), mengenai anak-anak muda di Palestin. Mereka menyimpan serbihan bom yang mengenai badan mereka untuk dijadikan koleksi. Apabila bertemu dengan rakan-rakan sebaya, mereka akan tunjukkan koleksi tersebut untuk melihat siapa 'pengumpul' terbaik. Pada kakitangan hospital, mereka dengan bangganya menayangkan kesan parut peluru sesat dan bom di badan mereka. Di kala penulis (Dr Ang Swee Chai) berjalan-jalan di celah runtuhan penempatan orang Palestin, kanak-kanak akan mengerumuninya dan meminta gambar mereka diambil. Kata mereka;

"Ambillah gambar kami. Tunjukkan pada dunia bahawa kami tidak gentar dengan serangan ini."

Maha Suci Allah..Bila la aku akan dapat keberanian dan kecekalan seperti mereka?


Inilah hidup kanak-kanak Palestin. Pernahkah kita mengimpikannya untuk disimpan sebagai kenangan?

Sabtu, Januari 23, 2010

Syahid dalam cinta-Nya...

Ya Allah..
Bantulah aku menuju Mu
Bimbinglah aku agar terus berada di jalan Mu
Jadikanlah perkara yang ku kejar ini sebahagian daripada yang kau redhai...
Kurniakanlah aku sedikit kekuatan
Seperti yang Kau taburkan pada saudaraku di Palestin
Ameen..


Rabu, Januari 20, 2010

Tinta Buat ROSE NINA ROSLAN

Rose, ni surat untuk kau. Ni antara assignment yang aku pernah kena buat masa kelas Czech Language. Surat ni memang khas buat kau. Cuba la translate...



Ahoj Rose,

Jak se máte? Já se mám dobře. Jsem v Praze v Česke republice. Bydlím v Moravské. Dole je Česka posta a Vinohradsky Pavilion. Můj byt je krasný a velký.


Můj byt je blízko Náměsti Míru, můžete jít pěšky asi pět minut nebo dvě minuty tramvají. Kazdý den jedu tramvají do školy. Studuju na Univerzitě Karlově na medicině.


Ja mám rád jít zahrada o vikendu. Zahrada v Ujezd. Je krasná a nazelenalá. Zahrada neni odtud daleko. Mohu jet tramvají asi dvácet minut.


Jsem ráda, že jsem tady. Doufem, jste můžete přijete tady s tvoje rodina.



Měj se moc hezký;


p/s: tady je moje nová adresa;


Moravská 1/840,

12000 Praha 2 - Vinohrady,

Prague,

Czech Republic.


Jumaat, Januari 08, 2010

Nak pasang CCTV?

Dialog yang terkeluar pada suatu malam di kala kebosanan menelaah buku LATIN IN MEDICAL TERMINOLOGY.

Sab (bukan nama sebenar): Shafa, Sab rasa kita kena beli satu CCTV khas kat bilik kita la.

Shafa (juga bukan nama sebenar): Nak buat ape?

Sab: Ye la.. kita ni kan kejap2 rajin. Kejap2 malas. Kalau ada CCTV kan senang. Kita boleh tengok record mingguan diri kita.

Shafa: So..

Sab: Jadi kita boleh la muhasabah diri kita tiap kali hujung minggu. Kasi insaf sikit. Kalau rasa minggu tu kita malas, kita kena la rajin-rajinkan diri next week nyer..

Shafa: Gitu ke? Boleh la..


Perbualan kat atas ni ternyata tak bermanfaat untuk dilaksanakan. Cuma ianya mengingatkan kami tentang perihal keyakinan kita terhadap sifat Allah i.e. Allah Maha Melihat. Tak dinafikan, semua orang tahu yang Allah itu MAHA MELIHAT tapi sejauh mana kita yakin dengan sifat Allah ini? Setiap hari, adakah kita pernah berusaha untuk mengawal tindak tanduk kita dek kerana nak berlaku baik di hadapan Allah? Bila kita di hadapan kamera, kita pasti akan cuba sedaya upaya mengawal diri agar nampak hebat. Mengapa tidak kita juga menanam azam untuk merekod reputasi yang baik sepanjang hidup kita agar kita dibangkitkan dengan tayangan CCTV Allah di akhirat kelak dengan rasa bangga?



Renung-renungkan......


Nak pasang CCTV? Berapa ek harganyer..

Sabtu, Januari 02, 2010

Prague - Manchester - Telford.. FUIYO!!

Alhamdulillah.. cuti new year ni, aku ain n Sab berkesempatan 'berjalan-jalan' ke UK. Banyak ilmu yang kami timba especially masa program FUIYO 2009 anjuran iluvislam.com. Perjalanan 8 hari 8 malam mengenalkan kami tentang kehidupan di UK. Ianya betul2 buatkan kami rasa cemburu dengan pelajar di sana. Nak tau sebab apa? Sebabnyer..

Banyak nyer makanan HALAL.


Ini merupakan sebab utama kami terasa nak datang lagi ke UK. Senang sangat nak cari kedai makanan yang halal kat sana. Kedai Fast Food, Restoran Mewah, Chinese Food, Indian Food, Arabian Food n banyak lagi kedai makan sampai tak boleh nak sebut. Ada satu kawasan kat Oxford Street namanya Rusholme dah jadi satu kawasan pekan orang Islam sebab kat situ ada banyak kedai orang Muslim. Kedai yang menjadi favourite kami bertiga ialah kedai aiskrim Moonlight. Setiap malam, walaupun salji lebat, kami tetap singgah ke sana untuk makan aiskrim. Sebab tu la kami semua selesema bila balik Prague. Maklumlah.. nak melepaskan rindu pada aiskrim. Rasanya dah lebih 3 bulan kami tak makan aiskrim kat Prague. Alhamdulillah... betul2 puas hati kami. Bila lagi nak makan aiskrim..


Indahnya tinggal dalam komuniti Islam

Satu perkara lagi yang tak dapat kami lupakan tentang Manchester ni adalah jiran2 Kak Dalila (akak tuan rumah) yang sangat ramah. Mungkin kerana mereka kebanyakannye orang Islam, kami dapat rasakan talian ukhuwah yang sangat kuat walaupun berbeza rumpun bangsa. Tidak kira dia orang Pakistan, Arab, Algeria, India, atau Afrika mereka pasti akan senyum kepada kami ketika kami keluar rumah. Bila kami terpaksa meredah salji dan ais, pasti ada yang akan menegur, "Becareful girls, it's slippery". Terharu kami. Sob.. sob...


Warga UK yang ramah


Tak dinafikan penduduk kat UK ni sangat ramah. Bila kitorang minta tanya jalan, diorang tak kekok untuk bagi tau dengan muka manis. Dibandingkan dengan sini, orang Czech agak unpredictable. Kejap2 ramah, kejap2 garang, kejap2 tak mesra alam n kejap2 terlebih ramah...


FUIYO 2009 yang fuiyooo..!!!


Selepas sakan berjalan-jalan 3 hari di Manchester, baru la kami tiba di Telford untuk program FUIYO. Alhamdulillah, program selama 4 hari ni betul-betul bermanfaat bagi kami di samping memberi kami kesempatan untuk membina ukhuwwah dengan sahabat2 baru dari seluruh pelosok Eropah. Perbincang dalam sesi LDK bersama pelajar dari pelbagai bidang dan kepakaran telah membuka mata kami tentang isu semasa. Kadang2, bila dah terlalu sibuk dengan study, kita terlalai untuk mengambil tahu pasal masalah umat. Antara pengisian yang paling aku sukai ialah ceramah pasal kebangkitan golongan muda dalam mengubah situasi politik negara. Terima kasih i luv islam dan krew FUIYO atas program yang excellent ni..
Stadium Old Trafford yang sempat kami singgah..

World of Islam.. memang world. tempat jual barangan Islam.
Hajat di hati nak beli VCD maher zain tapi tak kesampaian.


Salji lebat camni kitorang masih gatal nak keluar jalan.

Manchester Airport

Rumah kak Nurdalila

Pemandangandari luar stadium

Nasi Al Faham.. menu dari Jazera restaurant. Ada faham?

Pizza.. nampak x cheese yang banyak2 tu? (konon takut gemuk..)

Bersama peserta FUIYO..

Tempat penginapan kami masa program FUIYO kat Telford..