Khamis, Julai 31, 2008

Yahudi zalimi rakyat Palestin jarang dihukum

BAITULMAQDIS: Cuma enam peratus daripada siasatan mengenai jenayah yang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat menghasilkan pendakwaan.
Laporan aktivis hak Israel itu dikeluarkan ketika pasukan bersenjata berjanji untuk menyiasat kematian budak lelaki Palestin berusia 12 tahun yang ditembak tentera rejim Zionis ketika mengadakan tunjuk perasaan kelmarin menentang tembok pemisah Israel di Tebing Barat.
Daripada keseluruhan 1,246 siasatan oleh polis tentera mengenai jenayah yang disyaki dilakukan ke atas penduduk Palestin atau harta mereka antara tahun 2000 dan 2007, cuma 76 berakhir dengan pendakwaan, kata kumpulan hak asasi manusia Yesh Din.

Seramai 132 orang didakwa, dengan 110 daripadanya didapati bersalah melakukan pelbagai kesalahan, empat dibebaskan, lapan pendakwaan dimansuhkan dan perbicaraan 10 lagi masih dijalankan, menurut laporan.
"Perangkaan mengenai bilangan rendah siasatan dan bilangan fail pendakwaan mendedahkan tentera mengabaikan tugas mereka untuk melindungi penduduk awam Palestin daripada jenayah yang dilakukan anggotanya," kata penasihat undang-undang Yesh Din, Michael Sfadi, dalam satu kenyataan. Menurut perangkaan yang diberikan kepada Yesh Din oleh tentera, cuma segelintir siasatan menyusul aduan daripada anggota tentera.

Daripada 152 siasatan yang dilancarkan pada tahun 2006, cuma 14 atau sembilan peratus, berdasarkan aduan yang difailkan di kalangan tentera, menurut laporan. Pada tahun 2007, tujuh peratus siasatan berpunca daripada tentera.
"Bilangan minit pendakwaan dilancarkan berikutan laporan oleh komander kepada polis tentera mendedahkan konspirasi berdiam diri berhubungan jenayah ke atas penduduk Palestin," kata Sfadi. – AFP

Khamis, Julai 24, 2008

Hadith 4

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Biology Test

Semalam ada test BIO. Cuaknyer rasa bila test.. Tak tau apa yang dicuakkan.. Maybe sebab aku blum pernah dapat tujuh.. or maybe sebab aku tak pernah bersedia nak exam..
Nasib baik ada penawar cuak..alhamdulillah dua hari lepas abah ada call tanya khabar.. abah tanya, "apesal dah lama tak call umah..." aku tak tau nak jawab apa masa tu. Nak kata sibuk, tak de lah sibuk sangat. Ish.. anak jenis apa la aku ni? Abah selalu kata aku ni cepat lupa rumah. Baru dok KMS jer dah lupa call umah. Ni blum lagi pegi India. Harapnyer aku dikurniakan ingatan yang sangat superb supaya aku tak kan lupa nak call umah tiap2 hari.. Amin..
Aku ada perasan sesuatu yang ketara kalau aku call mak n abah time tension. Mak akan cakap, "La.. buat apa nak paksa2 baca buku. Tak payah la baca buku teghok2 (teruk2). Kalau penat tu, pi la tidoq..". Tapi abah lain. Abah lebih realistik sikit. Bila aku cakap aku penat study, dia akan kata, "Ish..nak blajaq ilmu Allah ni mana boleh penat2. Kalau penat pi semayang (solat) sunat dulu. Mintak bagi senang dapat ilmu. Paih tu (selepas itu), baghu sambung baca buku..".
Jika difikir2, akal aku ni menimbangkan yang nasihat abah lagi berfaedah. Tapi tak tau la kenapa aku lebih suka ikut cakap mak aku.. huhuhu.. Anak mak ke aku ni?

Sabtu, Julai 19, 2008

GADIS DI KUBURAN

NISAN condong tegak bertaburan
Gadis menangis kehibaan
Tidak ada padang perjuangan
Pahlawan gugur tergelimpang

Lari gadis menyembam ke tanah
Diiringi sedu menggoncang bahu
Tenang pahlawan dipeluk bumi
Senyum terakhir tenang tersembunyi


Kenangan lama bermain di hati-
Pelukan dan kucupan kasih
Tidak ada garisan tepi-
Kata dipadu, janji dikunci.

‘Sungguhkah dinda?’ tanya pemuda
‘Benar, kanda,’ sahutnya manja
Ke jinjang pelamin setahun lagi
Hilir berbiduk ke laut hidup

Datanglah lamaran ke ayah bunda,
Penuh khidmat junjung berduli
Tapi pemuda emas sesaga
Tertolaklah lamaran, terurailah janji


Matahari bersembunyi di balik awan
Pulanglah orang membawa usungan
Air di kendi kekeringan
Terkejut gadis dari menungan

Melangkah gadis menahan denyutan
Pandangan terakhir terlempar ke nisan
Setangkai kemboja gugur perlahan
Merangkak senja menutup pandangan.

(1953)
Allahyarham Usman Awang



Untuk pengetahuan semua, inilah sajak kajian yang aku kena bentangkan tempoh hari. Aku juga kena deklamasikan sajak sebelum perbentangan... Fuhhhh.. aku sendiri terkejut yang aku dapat bersajak depan orang. Sampai sekarang aku tak percaya yang aku pernah bersajak depan classmate aku. Tak de lah dahsyat sangat aku rasa. Sekurang-kurangnya, sajak tu boleh la didengar dan tak memalukan diri aku... Kalau mak n abah aku dengar aku bersajak, mesti kena gelak punya..

Sebenarnya, sajak ni mengenai kisah cinta antara seorang gadis yang agak senang (kaya) dengan seorang pemuda miskin. Mereka ni memang dah bercinta sakan sehingga akhirnya Si pemuda menghantar rombongan untuk meminang gadis itu. Malangnya, peminangan itu telah ditolak oleh kedua orang tua gadis kerana pemuda tu tak kaya. Kesian...

Si pemuda telah mati kemudiannya kerana terlalu sedih. Menurut cikgu aku (Cikgu Azizah) sajak ini kemudiannya telah dipanjangkan kisahnya melalui cerpen bertajuk Uda dan Dara. Lepas tu, Usman Awang telah mencipta skrip drama bagi kisah ini dan dipentaskan dengan tajuk yang sama, Uda dan Dara. Menurut drama itu, pemuda (aka Uda) telah membawa diri mencari pekerjaan setelah lamarannya ditolak oleh ibu bapa Gadis (aka Dara). Dara kemudiannya telah dijodohkan dengan seorang tua yang kaya. Berita perkahwinan itu akhirnya diketahui Uda. Nak dipendekkan cerita, akibat terlalu sedih, Uda pun mati. Pastu, Dara pun mati. Boleh kata cerita ni macam Romeo dan Juliet versi Melayu la pulak kan..

Ni lah cerita cinta antara dua darjat yang aku yakin masih wujud lagi di masa sekarang ni.. Bagi aku, ibu bapa yang terlalu taksub nakkan menantu kaya ni agak berfikiran sempit. Nak naikkan status keluarga bukannya dengan perkahwinan sahaja. Ada banyak cara. Orang yang dulunya anak penoreh getah pun sekarang dah kaya jadi tauke getah. Bagi aku, kalau memang betul-betul nakkan anak dapat jodoh yang baik, tengoklah jugak dalaman calon menantu tu.. kalau dia seorang yang bertanggungjawab, mesti dia akan memasang azam yang kuat untuk memberi nafkah kepada tanggungannya.

Lelaki berjaya yang asalnya dari keluarga susah biasanya mempunyai jiwa yang kuat. Aku lebih kagum dengan orang yang macam ni. Bukan senang nak jadi senang tetapi bukan susah nak jadi susah.....

JUMAAT

Atas permintaan seorang sahabat aku, aku ingin mem'publish'kan karya dia di blog ini. Dia mintak sesiapa sahaja yang membacanya memberi sedikit komen tentang cerpen pertama dia ni...



JUMAAT

Hembusan angin menyapa pipiku. Ketika aku duduk sendirian menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi, fikiranku melayang memikirkan peristiwa-peristiwa yang lepas. Aku baru tersedar bahawa hari Jumaat cukup bermakna buat diriku. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah berlaku pada hari Jumaat. Aku telah dilahirkan pada hari ini bersama-sama dengan kembarku, Mastura dan pada hari Jumaat jugalah aku telah berpisah dengannya. Mastura telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya setelah dia terlibat dalam satu kemalangan. Kematian Mastura sangat aku kesali kerana kemalangan itu berpunca daripada diriku juga. Jika aku tidak mementingkan diri pasti Mastura ada bersama-sama denganku sehingga hari ini. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Sudah terlambat untuk aku menyesal kerana semuanya telah berlaku. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan lagi. Aku juga telah sedari bahawa pada hari Jumaat jugalah aku telah kehilangan Tok Wan. Tok Wan telah pulang kerahmatullah setelah menghidap penyakit kanser perut selama lima tahun. Kehilangan Tok Wan amat aku rasai kerana setelah kematian Mastura, aku telah tinggal bersama-sama dengan Tok Wan dan Opah. Merekalah yang sering berada di sampingku dan sering memberikan aku semangat untuk meneruskan semangat. Pada hari Jumaat jugalah aku telah kembali tinggal bersama-sama dengan ibu, ayah dan abang Luqman. Bukan aku tidak suka tinggal bersama-sama dengan keluargaku tetapi di rumah itu terlampau banyak kenangan silam aku bersama Mastura. Ibu telah banyak kali berusaha memujukku supaya tinggal bersama-sama ibu di rumah tetapi aku terpaksa mengatakan tidak. Hati aku tidak tenteram di rumah itu kerana setiap kali aku berada di rumah itu, aku seperti mendengar suara Mastura. Mahu tidak mahu, ibu terpaksa akur dengan kehendakku.

Aku kembali tinggal bersama dengan keluargaku setelah Opah jatuh sakit dan tiada sesiapa untuk menjaganya di kampung. Ibu kata aku tidak mampu untuk menjaga Opah sendirian kerana aku masih bersekolah. Tambah lagi tahun itu adalah tahun yang penting untuk aku. Tahun ini akan menentukan sama ada penat lelah aku di dalam pelajaran selama ini membuahkan hasil atau tidak. Setelah kematian Tok Wan, aku dapat melihat Opah berada dalam keadaan tidak terurus seolah-olah Opah sangat merindui Tok Wan. Saban hari aku melihat Opah duduk termenung sehingga tidak makan dan minum. Perilaku Opah ini telah membuatkan ibu mengambil keputusan untuk menjaga Opah di rumah. Pada mulanya Opah menolak perlawaan ibu tetapi setelah Opah diserang strok, mahu tidak mahu Opah terpaksa juga duduk dengan ibu. Pada hari pertama di rumah ibu, Opah telah dimasukkan ke hospital gara-gara Opah telah diserang demam panas. Pada waktu itu, semua adik-beradik ibu telah berkumpul di hospital kerana terkejut menerima berita itu. Aku teringat kata-kata Mak Uteh yang menyatakan bahawa ibu tidak tahu menjaga Opah.

“Kamu ni kan Hafsah, kalau dah tak tau nak jaga mak tu, buat la cara-cara tak pandai. Jangan nak tunjuk bagus pula. Kamu tengok apa dah jadi sekarang?” Mak Uteh berkata setibanya dia di hospital.

Saat itu, aku berasa sangat marah dengan Mak Uteh lalu aku berkata “ Mak Uteh. Tak kan Mak Uteh tak tahu perangai Opah macam mana? Puas dah Sarah ngan ibu pujuk Opah supaya pergi klinik. Kalau Mak Uteh rasa Mak Uteh tahu sangat nak jaga Opah, Mak Uteh jagalah Opah itu” aku mula membalas kata-kata Mak Uteh itu.

Selepas peristiwa itu, ibu telah mencarikan seseorang untuk menjaga Opah. Kak Cita hadir dalam keluargaku pada hari Jumaat juga. Pelik juga bila aku memikirkan kenapa semua perkara ini berlaku pada hari Jumaat. Bagi aku, hari Jumaat adalah hari yang mulia.

“Sarah, kalau Sarah hendakkan sesuatu, Sarah kenalah selalu berdoa kepada Allah. Tapi kalau Sarah selalu berdoa pada setiap hari terutamanya hari Jumaat, insyallah Allah akan makbulkan doa hambanya. Allah tidak penah menghampakan permintaan hambaNya sebab Allah sangat suka jika hambanya meminta kepadaNya.” kata Opah setiap kali aku selesai solat bersamanya.

Peringatan ini telah membuatkan aku supaya sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya Allah mengurniakan kepadaku seorang penganti yang mampu membuatkan hidup aku ceria semasa Mastura masih hidup. Aku tidak jemu berdoa kerana usaha adalah tangga kejayaan. Setelah sekian lama memohon kepada Allah, Allah telah menerima doaku ini. Allah telah “menghantar” Kak Cita untuk memenuhi kekosongan di dalam hidupku. Kak Cita telah membawa sinar di dalam jiwa ku. Kehadirannya telah aku sambut dengan penuh kerelaan sehingga aku menganggapnya sebagai kakak sendiri. Kak Cita telah berhijrah ke Malaysia untuk mencari nafkah untuk keluarganya. Kak Cita sanggup untuk meninggalkan tanah airnya, Indonesia semata-mata untuk membantu keluarganya yang berada di dalam kesusahan. Menurut Kak Cita, dia adalah anak sulung dan mempunyai 10 orang adik beradik. Ayah Kak Cita telah meninggal dunia manakala ibunya telah lumpuh akibat daripada penyakit keturunan yang dialami oleh ibunya. Kak Cita telah diupah oleh ibu untuk menjaga Opah ketika ibu pergi bekerja. Kak Cita telah melakukan kerjanya dengan baik sehingga ibu turut “jatuh hati” kepada Kak Cita. Kak Cita telah menjaga Opah dengan baik seolah-olah Opah adalah ibu kepada Kak Cita. Setiap hari, Kak Cita akan memandikan Opah, menukarkan pakaian Opah, memberi Opah makan, dan menemani Opah setiap masa.

Pada mulanya, Opah agak tidak senang dengan kehadiran Kak Cita. Setiap kali Kak Cita cuba untuk bersembang dengan Opah. Walaupun Opah tidak melayan Kak Cita, Kak Cita tidak berputus asa. Saban hari, Kak Cita akan berusaha untuk bersembang dengan Opah sehinggalah pada suatu hari,

“Cita! Kamu kelihatan cantik hari ini,” Opah berkata kepada Kak Cita tiba-tiba.
“Terima kasih diatas pujian itu nyonya. Nyonya pun kelihatan anggun pagi ini. Nyonya mahu apa-apa?” terukir senyuman di muka Kak Cita tatkala Opah mula bercakap dengannya.
************************************************************************
Hubungan Opah dengan Kak Cita bertambah erat. Begitu juga hubungan aku dengan Kak Cita seperti isi dengan kuku. Aku telah melayan Kak Cita seperti kakak sendiri sehingga aku merasakan bahawa Allah telah “menghantar” Kak Cita sebagai pengganti Mastura. Tingkahlaku Kak Cita agak sama dengan Mastura membuatkan aku sangat berasa selesa dengan Kak Cita. Senyuman Kak Cita begitu manis dan mampu membuatkan jejaka-jejaka cair dengannya. Menurut Kak Cita, sebelum dia datang ke Malaysia, sudah ada jejaka yang mahu melamarnya tetapi terpaksa ditolak lamaran itu kerana bagi Kak Cita, keluarga adalah lebih penting daripada berkahwin. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Kak Cita telah membakar semangat aku untuk terus belajar dan mencapai cita-cita kerana jika ada seseorang yang sering memberikan semangat kepada kita, kita akan berusaha sehabis baik. Walaupun Kak Cita lahir dalam keluarga yang miskin, ini tidak menghalangnya untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Menurut Kak Cita, dia teringin sangat untuk menjadi seorang doktor. Cita-cita Kak Cita ini telah mengingatkan aku kepada arwah Mastura yang sememangnya meminati kerjaya ini sejak dari kecil lagi. Kak Cita selalu berkata bahawa menjadi seorang doktor adalah mulia kerana tanpa doktor, manusia akan hidup menderita. Doktor juga mampu untuk menyelamatkan nyawa manusia yang berada di dalam keadaan bahaya tetapi dengan izin Allah sahaja.

Ketabahan yang ditunjukkan oleh Kak Cita telah menyedarkan aku dan abang Luqman. Ibu dan ayah juga kagum dengan Kak Cita kerana dia tidak penat melakukan kerja sehinggalah selesai semuanya. Kak Cita telah ku buat sebagai sahabat karibku. Kemana sahaja aku pergi, aku akan membawa Kak Cita sekali. Kadang-kadang, aku lebih selesa membeli-belah bersama dengan Kak Cita daripada ibu dan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang, citarasa Kak Cita adalah lebih baik daripada citarasa aku. Aku dapat melihat bahawa Kak Cita pandai bersolek. Setiap kali aku membeli pakaian baru, Kak Cita akan cuba membantu aku untuk menyesuaikan pakaian itu dengan tudung yang sesuai. Tindakan Kak Cita ini membuatkan aku terfikir bahawa Kak Cita boleh menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya jika dia diberikan peluang. Tetapi, tidak semua manusia mendapat peluang yang baik melainkan dengan izin Allah.
************************************************************************
Setelah tiga tahun menjaga Opah, Opah telah meninggal dunia. Opah telah pulang ke rahmatullah setelah Opah jatuh di dalam bilik air. Pada masa itu, Kak Cita sedang sibuk menyediakan makanan untuk Opah sehingga dia tidak sedar yang Opah telah pergi ke bilik air bersendirian. Kak Cita berasa sangat bersalah di atas kematian Opah sehingga dia berkata dia sanggup untuk menjadi hamba abdi untuk keluarga aku. Betapa mulianya hati Kak Cita ini. Walaupun dia kelihatan lembut di luar, namun, secara dalamannya, dia begitu kuat. Dia mampu untuk menghadapi cabaran yang ada dihadapan dengan hati yang terbuka.

“Sarah, Kak Cita rasa sudah sampai masanya Kak Cita pulang ke Indonesia. Sudah lama rasanya tidak temui sama keluarga. Kak Cita sangat rindu sama mereka. Kak Cita mahu pulang,” luahan hati Kak Cita setelah seminggu kematian Opah.

“Kak Cita, kalau Kak Cita pulang nanti, siapa lagi yang akan temani Sarah “shopping”? Siapa lagi yang akan berkongsi cerita dengan Sarah? Siapakah?” aku membalas kata-kata Kak Cita dengan persoalan demi persoalan.

Sungguh berasa hatiku apabila Kak Cita memberitahu dia mahu pulang ke rumahnya. Perasaan manusia siapa yang mampu menghalang. Setiap manusia pasti mempunyai rasa rindu terhadap orang tersayang di dalam hati mereka. Aku tidak mampu menolak permintaan Kak Cita kerana jauh dalam hatinya, dia tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan emak dan adik beradiknya. Kasih sayang seorang anak dan kakak adalah suci. Tiada tandingannya jika dibandingkan dengan emas dan permata. Ibu, ayah dan abang Luqman juga keberatan untuk melepaskan Kak Cita. Tetapi, apakan daya mereka. Sesuatu yang baik tidak elok untuk dihalang. Segala persiapan untuk Kak Cita pulang ke Indonesia telah diuruskan oleh ibu. Kepulangan Kak Cita ke tanah air tercinta telah aku susuli dengan air mata. Saat aku melihat Kak Cita hilang dari pandangan, aku merasakan diriku sangat lemah sehingga aku jatuh menyembah lantai. Sungguh tidak aku duga betapa sayangnya aku kepada Kak Cita. Dan, Kak Cita telah pulang ke tanah air pada hari Jumaat juga. Lihatlah betapa bermaknanya hari Jumaat di dalam hidupku. Aku mula kehilangan insan tersayang seorang demi seorang pada hari Jumaat. Tetapi, kurang dari seminggu lagi, iaitu pada hari Jumaat nanti, sekali lagi sejarah manis akan tercatat di dalam diari hidup. Pada hari Jumaat nanti, aku akan memulakan perkhidmatan aku sebagai doktor di Hospital Besar Ipoh. Selepas enam tahun aku terpisah dengan Kak Cita, aku mula berjinak-jinak dengan dalam bidang perubatan kerana untuk membantu Kak Cita dan Mastura yang bercita-cita untuk menjadi doktor. Dan aku tidak sabar untuk menunggu hari Jumaat yang bakal tiba.

Ahad, Julai 13, 2008

LENYAP SUDAH SEJARAH HITAM AKU DENGAN MANCIS

TAHNIAH!! Tahniah kepada diri aku kerana aku berjaya mengatasi rasa takut aku untuk guna mancis. For the first time in my life (maybe kot..), aku berjaya nyalakan mancis dengan usaha aku sendiri. Waaa.. tahniah2.. Selama ini aku tak pernah berani pun nyalakan walau sebatang mancis. Hahaha.. Tapi x lawak sangat coz ramai lagi kawan2 aku yang masih x berjaya cam aku ni... kelak aku akan ajar diorang cara nak guna mancis.
Semua keanehan ni berlaku masa aku tgh wat eksperimen Extended essay aku.. Entah hari yang ke berapa aku tak ingat. Masa tu aku buat eksperiment dengan seorang sahabat aku yang jugak tak reti guna mancis (biarlah identitinya dirahsiakan..).
Tengah khusyuk aku mengadun potassium iodide, tiba2 datang dua orang makcik dan akak makmal nak menjenguk projek aku.. Time tu pulak aku kena nyalakan bunsen burner. Mula la aku gelabah semacam... kacau rod kaca tak betul, pegang termometer pun terbalik. Semua mende jadi tak kena.
Agak lama aku menunggu mereka keluar. Malangnya diorang nampak berminat untuk tengok aku gunakan bunsen burner. Dengan wajah terdesak, aku pun keluarkanlah sebatang mancis dari kotak mancis dan goreskan pada tepi kotak. Sekali gores, x nyala. Kali kedua, fuh.. menyala!! Tapi slack nyer, gas pulak tak pasang. Aku pun panggil sahabat aku untuk bukakan gas. Dan untuk kali ketiga ni, aku berjaya menghidupkan bunsen burner dengan api yang menyala-nyala (tak caya sudah...). Uishhh, waktu tu Tuhan saje yang tahu betapa berbunga-bunganya hati aku. Tak kisahlah kalau ada orang nak kata muka aku time tu cam muka budak dua tahun dapat lollypop, yang penting aku tahu saat adalah satu saat yang paling bersejarah buat aku. Aku berjaya atasi rasa cuak aku untuk nyalakan mancis setelah aku hidup selama 19 tahun 4 bulan.
Alhamdulillah... Allah dah memberikan aku nikmat untuk menggunakan mancis dengan sempurna. Selama ni, aku nak pegang batang mancis pun tak berani, apatah lagi menyalakan mancis. Aku harap kelebihan yang aku baru dapat ni tidak akan memakan diri aku sendiri. Api ni tak boleh dibuat main2. Kecil2 jadi kawan, bila besar jadi lawan.

Sabtu, Julai 12, 2008

ALAMAK.. KANTOI!

AYYO.... my roomate had found my blog! alaaaa... baru ingat nak ngumpat ko ros... x jadi la plak

Khamis, Julai 10, 2008

Kelab Permainan Tradisional

Kelab Permainan Tradisional KMS yang pertama telah ditubuhkan oleh kami beberapa sahabat atas sebab kami tak nak kelab yang ada ahli lelaki. Sebelum ni, aku pernah masuk kelab aerobik yang sememangnya semua ahli adalah perempuan tapi aku rasa agak kurang selesa sikit kerana latihan kami diadakan di tempat yang agak tidak tertutup.
Atas sebab itu, aku dan kawan-kawan bercadang untuk menubuhkan kelab yang baru - Traditional Game Club. Ahli-ahlinya semua satu kepala, so tak delah susah sangat kalau nak buat perjumpaan. Selalunya, kelab yang suma perempuan ni senang sikit nak pilih tempat perjumpaan macam kelab masakan. Tiap kali perjumpaan, kitorang buat dekat bilik rehat blok aisyah jer.. kan senang. Tak de pulak masalah nak tunggu pelajar lelaki datang meeting. Komitmen juga senang nak diberi coz semuanya akan rasa malu nak ponteng and skip kerja.
Leganya... Alhamdulillah. Selama ni aku tercari-cari kelab yang benar-benar membuatkan aku selesa untuk beriadah.Thank you very much to my friends as they had saved me from all these dilemma.

Isnin, Julai 07, 2008

SEMANGAT BARU

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku rasa teringin dan bersemangat untuk sambung belajar di India, especially Manipal. Baru tadi aku dengar satu talk dari senior yang pernah dan baru graduate dari University Of Manipal (ntah betul ke tidak nama universiti ni.. lebih kurang la!). Kata dia cara belajar di sana adalah sistem tradisional. Bagi sesetengah orang, cara ni agak berat coz sukatan pelajaran akan cover semua benda. Kelas teori akan diasingkan dari kelas clinical mengikut tahun.

Bagi sistem belajar yang baru iaitu cara comprehensive (seperti di UM, UKM, IMU), start first year dah ada kelas clinical. Dua-dua cara ni ada kelebihan masing-masing. Tapi yang istimewanya di India ni, student dia boleh buat banyak kali dissection bedah mayat untuk kelas anatomy. wahhhh... teruja tul aku dengar. Bab ni lah yang ramai Medic student dari tempat lain cemburu. Diorang tak adalah selalu sangat dapat peluang korek mayat2 untuk kelas anatomy just sebab nak tengok struktur organ, saraf, salur darah dan otot2 manusia ni...

Hehehe... barulah aku rasa redha kalau aku ditakdirkan belajar di India nanti...

Extended Essay

Tak sabar rasanya menunggu hari esok dan seterusnya.. insya-Allah dalam minggu ni aku akan sibuk uruskan eksperiment untuk projek kimia Extended Essay aku. Kasihan kat kawan aku yang sorang tu, dia terpaksa tukar tajuk atas arahan mentornya setelah terlalu banyak effort yang dia buat. Aku harap, kajian aku ni tidak ada halangan.

Kajian aku maybe x sehebat orang lain tapi bila aku ceritakan kat kawan-kawan lain, apesal diaorang kagum semacam... ntah la, aku pun tak paham. Bagi diorang yang tidak pernah dengar akan kata kajian aku adalah yang baru tapi bila aku surf banyak2 dalam internet, ada jer orang yang buat kajian lebih kurang ngan aku... method aku pun tak adelah gempak sangat... Maybe nampak gempak bagi orang yang tak pernah belajar kimia...huhuhu..

Tak sabarnya... Doakan la kajian aku ni berjaya... Amin...