Isnin, Mei 18, 2009

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya..


1-وجه جميل

1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak

3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟


senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari

.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
:

kata nabi saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في


dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة


dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول(صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Rabu, Mei 13, 2009

DARI BEIRUT KE JERUSALEM



Dah lama buku ni berada dalam simpanan aku. Hanya beberapa hari ni baru aku terasa rindu untuk terus pembacaan setelah tertunggak dek trial axam bulan lepas.


Membaca buku ni membuka minda dan memotivasikan aku. Buku ini mencatatkan perjalanan seorang doktor ortopedik berketurunan cina, Dr Ang Swee Chai ke Beirut dan Jerusalem dari tahun 1982 hingga 1988.


Beliau merupakan antara sukarelawan asing yang menjadi saksi peristiwa penyembelihan rakyat Palestin secara beramai di Shabra dan Shatila (15-18 September 1982). Peristiwa mengenai ‘perang saudara’ di Lubnan (1985) juga ada dicatatkan dalam buku ini sekaligus membawa pembaca kembali ke era peperangan yang banyak mengorbankan pemuda dan pemudi Palestin.


Bagi yang tengah rasa down sebab exam, ini ada satu kata-kata seorang rakyat palestin (dipetik dari buku ini) yang cukup membuatkan saya rasa termotivasi. Walaupun telah kehilangan ahli keluarga, namun semangat mereka sentiasa berkobar-kobar.


“Siapakah rakyat Palestin?” tanyanya. “Kami berada di mana-mana. Israel tidak boleh menghapuskan kami, begitu juga orang lain. Setiap generasi akan menjadi lebih kuat daripada generasi sebelumnya. Kami belajar, benar-benar belajar. Kami belajar daripada kesilapan, belajar daripada kekuatan yang kami ada. Matlmatnya adalah untuk menang, tidak terlalu capat dan tidak terlalu lambat tetapi kemenangan yang masak ranum.”


(Dari Beirut ke Jerusalem: Halaman 150)



p/s: Kepada sesiapa yang belum membaca buku ini, anda sangat2 disarankan untuk memilikinya. Hanya RM28, tak sampai harga top up anda sebulan.