Rabu, Mac 11, 2009

Searching for 45....

.
Buat Sahabat-sahabat IB generasi ke 3 KMS....
Selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir mei ni. Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah dalam perjuangan mengejar 45 poin.
.
.
For study group members...
thank you for being my good friends..
your commitment had made me realize how difficult to success...
May Allah give us strength to face this hard time.
.
********************************************************
.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah.
.
*********************************************************
.
M31- Dedicated medic students..

M32- my dearest classmates..


AS31- Pinky girls...


BT31- BT yang blue....

.


*************************************



.


Isnin, Mac 09, 2009

Cuti yang bermakna....

.

Cuti kali ni bagi aku agak bermakna. Mungkin inilah masa terakhir bagi aku nak meluangkan masa dengan satu-satunya kakak aku sebelum dia melangsungkan perkahwinan pada 13 Mac 2009. Kata orang, perempuan yang dah berkahwin, life dia pasti jauh berbeza dengan masa bujangnya... Tu yang aku rasa agak sedih... maklum la, dia satu-satunya kakak yang aku ada.
..........................................................
Ditakdirkan, Jumaat haritu, ayah aku ada buat mesyuarat dengan penduduk sekitar taman pasal pembahagian tugas masa walimah kakak aku. So, mak, ayah, kakak dan aku terpaksa sediakan makanan untuk jamuan mesyuarat tu. Aku andaikan jamuan nyer sama seperti menguruskan jamuan-jamuan kat kolej. Sangkaan aku meleset. Al-maklumlah, tetamunya bukannya golongan muda belia tetapi golongan pakcik2 dan makcik2. Kebanyakannya dah ada sakit-sakit pinggang, lenguh2 kaki. Jadi, susun atur makanan tak boleh la buat ala-ala buffet macam kat kolej. Makan kena berhidang, menu kena ikut citarasa orang lama dan air tak boleh manis2. Banyak benda yang aku dapat belajar...
..........................................................
Cuti ni jugak aku sempat menyambut Hari Lahir (merge dengan birthday adik aku). Ini la kali kedua dalam hidup aku dapat sambut birthday dengan ahli keluarga. Walaupun tak semua adik-beradik aku ade, aku bersyukur sebab tak selalu mak ayah aku ingat birthday aku. Apa tidak nyer, adik beradik ada 8 orang. Ayah aku tak boleh nak ingat semua, birthday diri sendiri pun tak ingat. Ayah aku hanya ingat birthday dia masa dia nak pencen je sebab hari tulah hari last dia keje...

Adik Akmal malu-malu nak bergambar pulak..


Antara muslimat yang hadir pada malam mesyarat.


Jamuan malam tu, ayah aku yang, masak sendiri.
Teruja sikit... first time ada periuk besaq dalam rumah.



Bakal pengantin sibuk basuh pinggan..



Joint Venture birthday...



yumm.. yumm... cake dari kedai kek Amira..