Rabu, Oktober 06, 2010

Kesabaran dan ketinggian budi

Zaid bin Sana, seorang pendita Yahudi telah menarik dengan kasar baju dan serban Rasulullah SAW sambil berkata, "Hai Muhammad, bayarla hutangmu!"

Saidina Umar begitu marah mendengar kata-kata Zaid lalu mengugutnya, tetapi Rasulullah SAW berkata dengan tenang, "Bayarlah kepadanya hutangku. Dan tambahkan 20 gantang kurma sebagai ganti ugutanmu tadi. Sebenarnya masih ada beberapa hari lagi tempoh membayar hutangku itu."

Ketika menerima kurma tambahan itu, Zaid bertanya, "Tambahan apakah ini wahai Umar?" Jawab Umar, "Aku disuruh menambahi padamu sebagai imbalan ugutanku tadi."

Lalu zaid berkata, "Hai Umar, ketika aku melihat wajah beliau, aku lihat segala tanda kenabian di wajahnya kecuali dua perkara sahaja yang belum aku buktikan, iaitu kesabaran dan ketinggian budi beliau. Kini terbukti kesabarannya lebih ketara dari kemarahannya, semakin marah makin bertambah sabar. Saksikan hai Umar, bahawa aku masuk Islam dan saksikan juga bahawa separuh daripada hartaku aku sedekahkan pada kaum Muslimin."


p/s: Sabar, sabar dan sabar....

Sumber: Fiqah Berinteraksi dengan non-Muslim m/s 36