Ahad, Disember 12, 2010

Akhlak bersama sahabat



"Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama pembawa minyak wangi dan tukang besi, ada pun pembawa wangian samada dia memberimu sedikit ataupun kamu membeli daripaanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi manakala tukang besi samada dia akan membakar baju ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk".


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kita seringkali berusaha untuk mencari sahabat terbaik, dengan harapan akhlak kita akan jadi sebaik sahabat itu. Tapi, bila dah jumpa sahabat yang baik kita mula lupa diri. Awalnya, sahabat kita akan dilayan seperti insan teristimewa..

Namun selepas sebulan, dua bulan, setahun, dua tahun, kita (atau mungkin hanya saya) mula menunjukkan perubahan sikap. Dari cara bergaul yang paling sopan, kepada yang lebih kasar. Kasar tanda mesra... Adab-adab sopan sudah tidak banyak yang dijaga, alasannya kita tidak mahu hipokrit dengan sahabat baik. (hurm.. macam munasabah jer alasan ni..)

Sedar tak, kadang-kadang kita ni lebih sopan dan menjaga hati rakan yang baru sahaja sehari dua kita kenal? Kawan yang lama, kita layan endah tak endah jer.. Dengan orang lain, kita akan bertegur mesra dan bertukar senyuman ketika bertemu di jalan.

Jika beginilah sikap kita terhadap sahabat, apakah faedah yang kita dapat? Alangkah ruginya jika persahabatan yang dibina disia-siakan begitu sahaja. Bagi saya, mempertahankan persahabatan adalah jauh lebih sukar daripada mencari persahabatan. Kita perlu lebih berhati-hati dengan tutur kata dan tindakan, agar tidak mengguris hati sahabat. Ya, ia memerlukan mujahadah!

Ayuh kita muhasabah diri, di mana silapnya kita dalam bersahabat. Kita bersahabat bukan hanya untuk mengambil manfaat, bahkan untuk memberi manfaat kepada orang lain.