Rabu, Januari 20, 2010

Tinta Buat ROSE NINA ROSLAN

Rose, ni surat untuk kau. Ni antara assignment yang aku pernah kena buat masa kelas Czech Language. Surat ni memang khas buat kau. Cuba la translate...



Ahoj Rose,

Jak se máte? Já se mám dobře. Jsem v Praze v Česke republice. Bydlím v Moravské. Dole je Česka posta a Vinohradsky Pavilion. Můj byt je krasný a velký.


Můj byt je blízko Náměsti Míru, můžete jít pěšky asi pět minut nebo dvě minuty tramvají. Kazdý den jedu tramvají do školy. Studuju na Univerzitě Karlově na medicině.


Ja mám rád jít zahrada o vikendu. Zahrada v Ujezd. Je krasná a nazelenalá. Zahrada neni odtud daleko. Mohu jet tramvají asi dvácet minut.


Jsem ráda, že jsem tady. Doufem, jste můžete přijete tady s tvoje rodina.



Měj se moc hezký;


p/s: tady je moje nová adresa;


Moravská 1/840,

12000 Praha 2 - Vinohrady,

Prague,

Czech Republic.


Jumaat, Januari 08, 2010

Nak pasang CCTV?

Dialog yang terkeluar pada suatu malam di kala kebosanan menelaah buku LATIN IN MEDICAL TERMINOLOGY.

Sab (bukan nama sebenar): Shafa, Sab rasa kita kena beli satu CCTV khas kat bilik kita la.

Shafa (juga bukan nama sebenar): Nak buat ape?

Sab: Ye la.. kita ni kan kejap2 rajin. Kejap2 malas. Kalau ada CCTV kan senang. Kita boleh tengok record mingguan diri kita.

Shafa: So..

Sab: Jadi kita boleh la muhasabah diri kita tiap kali hujung minggu. Kasi insaf sikit. Kalau rasa minggu tu kita malas, kita kena la rajin-rajinkan diri next week nyer..

Shafa: Gitu ke? Boleh la..


Perbualan kat atas ni ternyata tak bermanfaat untuk dilaksanakan. Cuma ianya mengingatkan kami tentang perihal keyakinan kita terhadap sifat Allah i.e. Allah Maha Melihat. Tak dinafikan, semua orang tahu yang Allah itu MAHA MELIHAT tapi sejauh mana kita yakin dengan sifat Allah ini? Setiap hari, adakah kita pernah berusaha untuk mengawal tindak tanduk kita dek kerana nak berlaku baik di hadapan Allah? Bila kita di hadapan kamera, kita pasti akan cuba sedaya upaya mengawal diri agar nampak hebat. Mengapa tidak kita juga menanam azam untuk merekod reputasi yang baik sepanjang hidup kita agar kita dibangkitkan dengan tayangan CCTV Allah di akhirat kelak dengan rasa bangga?



Renung-renungkan......


Nak pasang CCTV? Berapa ek harganyer..

Sabtu, Januari 02, 2010

Prague - Manchester - Telford.. FUIYO!!

Alhamdulillah.. cuti new year ni, aku ain n Sab berkesempatan 'berjalan-jalan' ke UK. Banyak ilmu yang kami timba especially masa program FUIYO 2009 anjuran iluvislam.com. Perjalanan 8 hari 8 malam mengenalkan kami tentang kehidupan di UK. Ianya betul2 buatkan kami rasa cemburu dengan pelajar di sana. Nak tau sebab apa? Sebabnyer..

Banyak nyer makanan HALAL.


Ini merupakan sebab utama kami terasa nak datang lagi ke UK. Senang sangat nak cari kedai makanan yang halal kat sana. Kedai Fast Food, Restoran Mewah, Chinese Food, Indian Food, Arabian Food n banyak lagi kedai makan sampai tak boleh nak sebut. Ada satu kawasan kat Oxford Street namanya Rusholme dah jadi satu kawasan pekan orang Islam sebab kat situ ada banyak kedai orang Muslim. Kedai yang menjadi favourite kami bertiga ialah kedai aiskrim Moonlight. Setiap malam, walaupun salji lebat, kami tetap singgah ke sana untuk makan aiskrim. Sebab tu la kami semua selesema bila balik Prague. Maklumlah.. nak melepaskan rindu pada aiskrim. Rasanya dah lebih 3 bulan kami tak makan aiskrim kat Prague. Alhamdulillah... betul2 puas hati kami. Bila lagi nak makan aiskrim..


Indahnya tinggal dalam komuniti Islam

Satu perkara lagi yang tak dapat kami lupakan tentang Manchester ni adalah jiran2 Kak Dalila (akak tuan rumah) yang sangat ramah. Mungkin kerana mereka kebanyakannye orang Islam, kami dapat rasakan talian ukhuwah yang sangat kuat walaupun berbeza rumpun bangsa. Tidak kira dia orang Pakistan, Arab, Algeria, India, atau Afrika mereka pasti akan senyum kepada kami ketika kami keluar rumah. Bila kami terpaksa meredah salji dan ais, pasti ada yang akan menegur, "Becareful girls, it's slippery". Terharu kami. Sob.. sob...


Warga UK yang ramah


Tak dinafikan penduduk kat UK ni sangat ramah. Bila kitorang minta tanya jalan, diorang tak kekok untuk bagi tau dengan muka manis. Dibandingkan dengan sini, orang Czech agak unpredictable. Kejap2 ramah, kejap2 garang, kejap2 tak mesra alam n kejap2 terlebih ramah...


FUIYO 2009 yang fuiyooo..!!!


Selepas sakan berjalan-jalan 3 hari di Manchester, baru la kami tiba di Telford untuk program FUIYO. Alhamdulillah, program selama 4 hari ni betul-betul bermanfaat bagi kami di samping memberi kami kesempatan untuk membina ukhuwwah dengan sahabat2 baru dari seluruh pelosok Eropah. Perbincang dalam sesi LDK bersama pelajar dari pelbagai bidang dan kepakaran telah membuka mata kami tentang isu semasa. Kadang2, bila dah terlalu sibuk dengan study, kita terlalai untuk mengambil tahu pasal masalah umat. Antara pengisian yang paling aku sukai ialah ceramah pasal kebangkitan golongan muda dalam mengubah situasi politik negara. Terima kasih i luv islam dan krew FUIYO atas program yang excellent ni..
Stadium Old Trafford yang sempat kami singgah..

World of Islam.. memang world. tempat jual barangan Islam.
Hajat di hati nak beli VCD maher zain tapi tak kesampaian.


Salji lebat camni kitorang masih gatal nak keluar jalan.

Manchester Airport

Rumah kak Nurdalila

Pemandangandari luar stadium

Nasi Al Faham.. menu dari Jazera restaurant. Ada faham?

Pizza.. nampak x cheese yang banyak2 tu? (konon takut gemuk..)

Bersama peserta FUIYO..

Tempat penginapan kami masa program FUIYO kat Telford..

Jumaat, Disember 04, 2009

Sindrom 'Dissection Week'

Gejala-gejala budak Prague seminggu sebelum dissection week:

1 - Malam-malam mimpi mengigau parietal bone n skull.
2 - Tempat makan jadi tempat study. Tempat study jadi tempat makan.
3 - Cakap asyik tersasul "Lepas ni aku ada kelas Jugular Vein".
"Eh, kau ada nampak jugular veins tak?"


anatomy..oh..anatomy... cepat la habis first year~~ (ni baru dua bulan..)



prof. sedmera said: "when is the skull become scariest?" - "next week" (minggu depan ada test skull)

Teka, ni meja makan ke meja study?







Di mana hatiku?

Selasa, Disember 01, 2009

Selamat Hari Lahir Sakinah...

Selamat hari lahir ke - 19 buat adikku
SAKINAH BINTI OTHMAN
Moga hidup-Mu terus dilimpahi rahmat Allah.













Ahad, November 29, 2009

Rumah baru

Alhamdulillah, setelah berpenat lelah mencari dan meronda satu Prague, akhirnya kami (Sabrina, amirah, hazwani n saya) berjaya dapatkan rumah yg sangat strategik n murah... skarang, dah tak perlu bangun awal lagi nak g lecture, tak payah tggu bas dalam kesejukan dan yang paling penting, tak payah bayar sewa hostel yang mahal..



Post kali ni didedikasikan khas buat kawan2 karlovo namesti (diyana, izyan, maira, azhani, ain, lyn n nadia). Terima kasih sebab sanggup menebalkan muka korang usung mop, periuk nasi, beg IKEA, ampaian dll naik trem, bas dan metro dari Troja ke Vinohrady. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian...


Terima kasih Azhani n Kak Yan..


Penatnyer diorang angkat barang..


Mak aii.. camne nak kemas ni..

Ye ye.. dapur baru kami..
Bilik yang x seberapa.. diubah suai daripada ruang tamu
Besar tak bilik air ni?

Lepas angkat barang tak larat nak masak.. so makan kat luar jek..