Sabtu, Oktober 25, 2008

MEI YAN



"Akak agak-agak umur saya berapa?" kata seorang jurujual di kedai yang aku jumpa di Terminal One semalam.

"Umur saya 18" terkejut aku dgn jawapan dia. Rupa dia agak matang kalau nak dibandingkan usianya. Kemudian dia kata,

"Saya tak belajar. Tgh cari duit nak sambung belajar". Tak tau kenapa lah aku rasa kagum dengan jawapan dia. Tanpa rasa segan silu, dia mengatakan dia tak sambung belajar lagi.

"Saya nak teka. Antara akak dua orang ni, yang ni mesti kakak." Kata dia merujuk kepada Asmaa' yg berada di sebelah aku. Nak tergelak aku. Nampak sangat aku ni awet muda drpd Asmaa' (nada riak..huhuhu..).

"Akak belajar lagi?"

"Ya"

"Akak balajar apa? Nurse?"

"Tak lah. Akak ni bakal doktor n akak amik actuarial science" Budak tu nampak terkejut. Tak tau la sebab apa.

"Wow.. Akak ni mesti pandai2 kan? Saya dulu dapat 3A jer (merujuk kpd result SPM)." Sekali lagi aku terkejut. Bukan kerana resultnyer, tapi kerana semangatnyer. Walaupun dia hanya dapat 3A tapi dia sangat bersungguh-sungguh nak sambung belajar.

Aku tersedar akan sesuatu. Selama ini aku tak terfikir pun ada orang yang sedang berusaha jauh lebih keras daripada aku semata-mata untuk menyambung pelajaran. Aku bersyukur kerana menjadi insan pilihan Allah yang dapat meneruskan pelajaran tanpa perlu menanggung beban pembiayaan palajaran. Bersyukur.. memang bersyukur. Alahamdulillah..

Sebelum sempat aku beredar dari kedai tu, sempat aku bertanyakan nama dia.

MEI YAN...

Aku akan ingat nama ni sampai bila2 (selagi tidak hilang ingatan).... Pertemuan yang ditakdirkan ni telah menjadikan aku kembali bersemangat untuk terus menempuh IB. Aku akan ingat, ada bangsa lain yang turut berusaha lebih keras daripada aku...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thx for sharing!

Nabila berkata...

haihh terasa

Tanpa Nama berkata...

sama2 s.e.

bella, ape yg ko terasa?

Tanpa Nama berkata...

ada kala nya kita x perasan.
di luar sane..
ramai org berusaha tuk meneruskn kehidupan utk mendpt sesuap nasi.
bersyukur ape yg kita ada..

-Shafawati- berkata...

tanpa nama?

Tanpa Nama berkata...

adakalanya juga kita ni terlalu leka dengan kenikmatan yang Alah kurniakan tanpa menyedari masih ada insan diluar sana yang lebih mmrlukan

Tanpa Nama berkata...

wei che pa.. hang jgn duk perasan. amoi tu kate aku la adik ko... hish2.. shafa perasan............

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan