Khamis, April 30, 2009

BELAJAR


Ya Allah
Ajarkanlah kami bahawa

Belajar ini bukan untuk sesiapa
Tetapi hanya kerana Mu

Belajar ini bukan untuk diri
Bahkan untuk seluruh umat Rasul Mu

Belajar ini bukan untuk saat ini
Bahkan untuk sepanjang zaman Mu

Ya Allah
Ajarkanlah kami
Apa yang tidak kami ketahui tentang ilmu Mu
Ingatkanlah kami
Apa-apa yang kami lupa tentang Mu
Redhailah setiap langkah kami
Kerana kepada Mu lah kami akan kembali....





Khamis, April 23, 2009

Wedding of the year - Firdaus n Hafizah


Minta maaf Ustaz Firdaus dan Kak Hafizah.
Dah terlalu lewat baru aku berkesempatan buat
post pasal perkahwinan kakak kesayangan yang sorang ni.
Harap2 dia tak kecil hati.


Tahniah buat kedua mempelai
yang selamat diijabkabulkan pada
13 Mac 2009.
Moga kekal bahagia dunia dan akhirat.



Sweet couple....

Wahhh.. nak makan jugak!

4 beradik yg sama cute..
Sedihnya.. nanti dah tak boleh nak gaduh cam dulu2..

Bersama sepupu.

Bersama adik... Buat keje la..

Banyak tak hantaran? 27 dulang semuanya...

Bersama mak mentua selepas akad nikah.
Nisah pun tak sempat tukar baju batik Taayah dia..


Nampak cool jer abang ipar aku ni.. (ye ke? Aku tau dia tgh cuak..)

Wah... akhirnya aku dah ada abang ipar. Tahniah buat diri aku...


p/s: Sorry.. hadiah kahwin belum beli lagi la.... sekarang tak de sale kat Seremban..