Sabtu, Julai 18, 2009

IMPIAN ...




Bila aku besar nanti, aku teringin nak laksanakan impian yang dah lama bersarang di hati aku ni.

BINA KLINIK SENDIRI

Aku harap, aku dapat buka klinik sendiri yang akan diberi nama Klinik GAZA (terfikir nama ni selepas baca buku Dari Beirut ke Jerusalem). Kalau boleh, aku nak klinik ni mempunyai rekaan dalaman yang sgt ekslusif dan ianya mesti membuatkan pesakit aku merasa seakan-akan berada di rumah.


TADIKA

Aku pernah terfikir yang aku akan memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak kalau tak ditawarkan bidang medic atau Farmasi. Aku nak sangat buka satu tadika yang khas untuk kanak-kanak hyperactive sebab setahu aku, kanak-kanak yang Hyperactive ni mempunyai akal yang sgt cerdas. Aku akan perkenalkan Syllabus untuk tadika aku sendiri yang menekankan Hafalan ayat-ayat al-Quran, Hadith, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. hehehe… Nampak banyak, tapi aku percaya yang kanak-kanak tu mampu lakukan. Mungkin, tadika ni akan dibuka kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun supaya kanak2 lebih terdedah dengan matapelajaran tu. Kalau kanak2 yang graduate tu bagus2, aku akan buka lebih banyak cawangan untuktadika ni..


KEDAI MAKAN atau RESTORAN

Mungkin disebabkan aku ni suka sangat makan, aku harap suatu hari nanti aku dapat buka restoran. Aku selalu heran camne boleh ada kedai makan yang hidangkan makanan tak berapa sedap tapi still survive sampai sekarang. Aku paling geram kalau kedai tu jual makanan yang tak sedap dengan harga tinggi… Dah la kedekut sayur n danging, tak de rasa pulak tu. Aku terfikir mende2 ni sejak aku pegi makan kat Times Square dengan budak2 Czech hari tu.. Ada satu kedai tu, jual D****** yang tak berapa best tapi harga bukan main mahal. Kalau yang tak sedap tu pun boleh survive, apa salah nyer aku try. Kan Sab kan?


HYPERMARKET

Dengan adanya hypermarket ni, aku aku akan pasarkan semua produk usahawan2 kecil Melayu dan menjual semua barangan yang tiada unsur syubhah. Mungkin Hypermarket aku akan jadi ejen HPA. huhuhu..



PLAZA MUSLIM

Lepas aku dah banyak duit, aku nak buat satu plaza yang ada panggung wayang, spa muslimah, kedai gunting rambut muslimah, kolam renang, pusat bowling, dan butik muslimin. Semua urusniaga dan operasi yang dibuat adalah selari dengan tuntutan Islam. Tempat tengok wayang diasing laki pompuan dan hanya menayangkan filem yang dibarisi pelakon Muslim… huh, Nampak macam tak logik jer. Tapi aku betul2 teringin nak pegi tempat macam ni… Kalau aku tak dapat laksanakan, aku harap orang lain boleh buat. Aku confirm akan invest kalau ada kawan2 aku yang bercita2 sama cam aku.

9 ulasan:

NHAR berkata...

aku pula, nak bukak satu sekolah ib.....

Tanpa Nama berkata...

wakaka

-huz-

ajeem_hazim berkata...

waaa...ak sokong!!!! heheh blh gak emosah..bukak skolah ib sume kne tutup aurat..baik plaja mahupon kakitangan!!! hehehe

sab berkata...

go shafa go..!

dJ berkata...

kak shafa.. chaiyok2!

ceria seindah suria berkata...

aku selalu dgr ko ckp cmni kat bilik..
trutama yg part restoran sendiri la
kdai roti sendiri la
tadika sendiri laa
hehe
aku sokong ko weyh my beloved rumate...

oopss..silap
EX-RUMATE da skang..seriously, ak windu ko seyh

Muhammad Hilmi berkata...

bgs2..same la..ak pown tringin nk bukak biz..bkk gelanggang futsal n bkk franchise Radix Fried Chicken..tp dlm umur 40-an la.haha

Shafa berkata...

shafa > emosah : bagus la.. nanti aku daftarkan anak aku masuk IB. ko kena ajar dia sampai dapat 46 poin.

shafa > huz : apa yg kau gelakkan husna?

shafa > sab n dJ : hehehe.. thnx!

shafa > rose : ye la rose... baru aku ingt yg aku nak bukak kedai kek n roti. thank you rose, kau rajin melayan aku bila aku berangan.. hehehe.. btw, jgn pggl aku ex-RUMATE, sedih la... rindu kau..

shafa > hilmi : waaa.. bukak la RFC kat pt buntar.

NHAR berkata...

46 points???
ko nak anak kau amik subjek tambahan apa?

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan