Ahad, Oktober 18, 2009

Sejuk nyer Czech...


Tanggal 15 Oktober 2009, bumi Czech ni telah meninggalkan satu kenangan buat aku dan rakan2 semalaysia yang lain. PRAHA TURUN SALJI…. Wow… sungguh mengujakan! Salji yang turun walaupun sekejap sudah cukup membuatkan kami gembira terlompat2 (note: bukan aku, tapi diorang). Mata kami terbeliak sebulat-bulatnya melihat snow flakes kat jaket kami. Subhanallah.. ini memang salji betul, bukan dari dalam peti ais tapi dari langit..!! Fuuhh.. gembira tak terkata. Kami sedar yang mata sekeliling kami memandang kehairanan kami kerana kelakuan kami tak ubah seperti sin chan mendapat action kamen.



Semenjak hari tu, suhu di Praha hanya sekitar 5-7°C. Aduh… sejuknya tak terkata. Tambah2 kami semua duduk kat student hall yang terletak di kawasan pedalaman (bak kata senior) , cuaca nyer memang extra sejuk. Nak dijadikan cerita, bilik kami (aku, sab, wani n mira) yang di tingkat dua ni TAK DIPASANG HEATER…!!!! Jadi, untuk mengelakkan kami mati kekerasan, kami terpaksa ‘menutup aurat’ dalam bilik - Berbungkus dan lengkap dengan srg tangan dan stoking.



Semalam, kami buat aduan kat penjaga asrama pasal heater kami. Seperti biasa, kami berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Nak cakap Inggeris, org tu tak berapa faham sebab hostel yang kami duduk ni kebanyakannya budak Czech. Penjaga asrama tu balas dalam bahasa ibunda dia. Semestinya kami tak dapat menafsirkan kata-kata dia tapi berdasarkan body language nyer, kami dapat agak dia cuba bg tau yang juruteknik bertugas membaiki heater tu tak dapat dihubungi.

Macam-macam cara kami buat untuk memanaskan badan. Dengan suhu serendah 5°C, comforter yang setebal seinci pun dah tak mampu nak membantu kami menahan sejuk. So, sebagai langkah alternatif, kami iron (seterika) sarung tangan, tilam, bantal dan comforter dan kemudian, barulah kami berbungkus. Satu lagi kaedah nak panaskan bilik ialah dengan masak air sampai mendidih dan biarkan wap air tu panaskan satu bilik. (Kami dapat inspirasi ni drpd cerita korea..) Dengan bantuan kettle dan rice cooker, suhu kedua-dua bilik ni boleh dinaikkan 3-4°C. Alhamdulillah, cara-cara ni agak berkesan untuk suhu sekarang. Harap-harap suhu dah tak turun jauh sangat buat masa ni.

Inilah kettle dan seterika yang byk berjasa memanaskan bilik kami...


5 ulasan:

ada van de kamp berkata...

subhanallah. post la gmbar saljinye cik ti. hehe

syamin berkata...

huhu..siannye korg sejuk...hope heater tu akan dibaiki secepat mungkin...tp siyes klaka dgn cara korg memanskn bilik...creative...huhu

Unknown berkata...

mai laa dtg blik aku... walopun ko complain x kms tu... hehehe

-Shafawati- berkata...

>> rabiatul: salji tu turun sehari jer. tak sempat nak amik gambar. waktu tu tgn dah rasa cam nak beku jer..

>> syamin: memang sejuk.. kitorang bercadang nak pindah next month. hope dapat rumah yg heater nyer tak rosak.

>> azhani: daripada aku masuk bilik kau yg tak kemas tu, lebih baik aku kesejukan dalam bilik aku..

husna berkata...

menariknye idea korg tuh =)

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan