Di kala aku sibuk dengan ulangkaji menghadapi ujian Cell Biology, tiba-tiba YM aku disapa Kak Lah (bukan nama sebenar) dari Hradec Karlove. Dia bagi aku lagu ni. Comel kan?
Mmmmm.....Kat sini, bukan perihal comel yang aku nak cakapkan, cuma ingin mengajak kita berfikir dan muhasabah diri melihat betapa kudusnya hati kanak-kanak Palestin ini. Mereka berbangga dengan kelahiran mereka di tanah Palestin. Tersentak aku bila mendengar bait-bait liriknya:
"Tanpa Palestin, apakah ertinya zaman kanak-kanak...."
Bagi mereka, zaman kanak-kanak mereka tak bererti tanpa Palestin. Sampai begitu sekalikah kedudukan Palestin dalam hati mereka? Anak sekecil 5 tahun menganggap 'ketidakamanan' di Palestin sebagai sesuatu yang melengkapkan zaman kanak-kanak? Berhadapan dengan kereta kebal adalah indah bagi mereka. Di kala kanak-kanak lain bermain berkejaran bersama ibu bapa tercinta di taman yang serba indah, anak-anak Palestin turut berkejaran dengan askar Zionis di bawah hujan peluru sesat. Mungkin itulah perbandingan keindahan zaman kanak-kanak yang mereka maksudkan. Subahanallah.. sedari kecil, mereka dah dikurniakan Allah perasaan manisnya berjihad.
Pernah saya terbaca dalaam buku Dari Beirut ke Jerusalem tulisan Dr Ang Swee Chai (sukarelawan pasukan palang merah), mengenai anak-anak muda di Palestin. Mereka menyimpan serbihan bom yang mengenai badan mereka untuk dijadikan koleksi. Apabila bertemu dengan rakan-rakan sebaya, mereka akan tunjukkan koleksi tersebut untuk melihat siapa 'pengumpul' terbaik. Pada kakitangan hospital, mereka dengan bangganya menayangkan kesan parut peluru sesat dan bom di badan mereka. Di kala penulis (Dr Ang Swee Chai) berjalan-jalan di celah runtuhan penempatan orang Palestin, kanak-kanak akan mengerumuninya dan meminta gambar mereka diambil. Kata mereka;
"Ambillah gambar kami. Tunjukkan pada dunia bahawa kami tidak gentar dengan serangan ini."
Maha Suci Allah..Bila la aku akan dapat keberanian dan kecekalan seperti mereka?
Inilah hidup kanak-kanak Palestin. Pernahkah kita mengimpikannya untuk disimpan sebagai kenangan?
3 ulasan:
comel btul la video tu..
hihi..
Palestin oh palestin
comel btul la video tu..
hihi..
Palestin oh palestin
memang comel...
EMOTICON :