Ahad, Februari 07, 2010

God Bless You...


Suatu hari ketika dalam kelas Czech Language.

Aku : Aaachuuummm...... Alhamdulillah
Jejaka misteri : God bless you..

Terharu.. Tercari-cari gerangan empunya suara. siapa tu?

Aku :
Aaachuuummm...... Alhamdulillah
Jejaka misteri: God bless you..

Tindakan refleks kepala ni terus terjenguk-jenguk sekali lagi mencari empunya suara. Mana tau kalau-kalau orang nyer hensem. Kali ni otot sternocleidomastoid aku bertindak cekap, aku berpeluang memandang tuan punya suara tu. Ooo.. Eric Dragos rupanya.. Aku tersenyum seketika.. hanya seketika. Kemudian kembali tertunduk kecewa.. Kecewa bukan kerana dia tak hensem tapi sebab.....


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda,

“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima, menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin”
(HR. al Bukhari dan Muslim, hadits no. 900 pada Tarjamah Riyadush Shalihin)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud;

“Jika salah seorang dari kalian bersin lalu mengucapkan alhamdulillah, maka hendaklah kalian mengucapkan tasymit (ucapan yarhamukallah) baginya, namun jika tidak, maka janganlah mengucapkan tasymit baginya” (HR. Muslim no. 2992)

Nota kaki : Aku adalah seorang Muslim, Eric Dragos pula adalah penganut Kristian.

11 ulasan:

butterfly berkata...

klu sameer(bkn name sbnar) bdk palestine yg jwb bersin ko, konfem ko da jatuh hati trus..wakaka~

-Shafawati- berkata...

mesti la!... sayang jer aku tak sekelas ngn dia..

sab berkata...

amalan mudah yg selalu kita lupa

p.s: amboi galak abih na,,,budak dua org nih..

rusnarusli berkata...

salam, shafa.. btul..
mendoakan org bersin adalah hak saudara seislam dgn kita.. kalau tidak ditunaikan haknya, pasti dituntut kelak bg yg mengetahui..
semoga istiqamah :)

-Shafawati- berkata...

>> sab: ye.. moga2 kita dapat jadikan amalan satu kebiasaan, especially kat umah kita.. hehehe
.. aaachhuuuummm.!!

>> kak rusna: nauzubillah.. jgn la sampai ada yang menuntut dari saya kat akhirat kelak..

ada van de kamp berkata...

mndoakan org bersin mm slalu diabaikan kn. huhu. lps ni kna peka lebih

wankhai berkata...

huhu.
I believe the custom is actually the continuity of Abrahamic religions.

ketiga-tiga agama samawi ini, -Kristian, Yahudi, Islam - ada mengamalkan budaya mendoakan orang yang bersin...

which made me really happy because despite our differences, there are things that we hold similar and supposedly dear to us all..

-Shafawati- berkata...

>> adawiyah.zaini: inysa-Allah, kalau kita saling berpesan dan amalkan, mungkin lebih mudah nk dijadikan amalan..

>> wan khairul nizam: oooo.. ye ke? baru tau... patutla diorg selalu doa camtu. tapi setakat ni blum pernah dengar lg doa dari budak jews.. nanti nak cuba bersin depan diorang la..

Faiz Nadzam berkata...

nice experience, shafa and nice info wankhai. :)

husna al-peraqqiy berkata...

shafa, aku br baca post ni dan sgt x tahan dgn kegedikan ko... ^_^

-Shafawati- berkata...

>> Faiz Nadzam: Alhamdulillah.. harap nyer banyak lagi pengalaman yang boleh kami timba sepanjang berada di Czech ni..

>> husna: Ceh.. apa gediknya? bukan kau pun 2 x 5 jer ke?

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan