Rabu, Januari 14, 2009

My Brothers.. My Sisters..

Hot News from GAZA:

Hunger casts shadow of death over Gaza (14th January 2009)

Gaza now Israeli weapons testing lab? (13th January 2009)

Israeli soldiers refuse to serve in Gaza (13th January 2009)

Israeli tanks retreating from Gaza City (13th January 2009)

Barak: We will continue Gaza war (13th January 2009)

'Israel forces under fire from Jordan' (13th January 2009)

Israel says only using weapons of Western armies (13th January 2009)

Israel destroys medical clinic in Gaza (11th January 2009)


Source: Alwahy News Express

~~Let us pray for our brothers and sisters there...

Isnin, Disember 08, 2008

MUJAHID...




Seminggu sebelum peperiksaan akhir smester 3, aku berkesempatan ke rumah Ustaz Zainurrashid. Memandang akak Usrah aku, Kak Akhma masih dalam pantang, usrah kali ni terpaksa dilakukan di bawah Doktor Maziah, isteri doktor Zainurrashid.

Ustzh tu lemah lembut orangnya, dan aku fikir dia sangat pandai mendidik anak. Mana tidaknya, anak2 nya semua nampak bijak-bijak belaka. Petah berkata-kata dan kelihatan sungguh matang, jauh berbeza dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Perkara yang paling buatkan aku rasa kagum ialah tentang kisah anak bongsu Dr Zainurrashid, namanya Lokman. Menurut kakaknya, satu hari guru tadika Lokman pernah bertanyakan tentang cita-citanya.


Cikgu Tadika : Lokman, bila besar nanti, Lokman nak jadi apa?

Lokman : Lokman nak jadi MUJAHID.
Cikgu Tadika : Mujahid? Yang pegang senapang tu? Waaa… Lokman nak jadi mujahid, nak tembak sapa?
Lokman : Nak tembak YAHUDI….!

Tergamam aku, Auni, Madeeha dan Arina. Tak sangka kanak-kanak sekecil 5 tahun ni tahu juga pasal YAHUDI, pasal palestin dan yang paling penting, sudah tertanam semangat MUJAHIDIN. Belum pernah aku jumpa kanak-kanak di Malaysia ni yang bercakap pasal isu dunia dan masalah umat. Tinggi betul semangat budak ni, sejak kecil telah dididik dengan semangat jihad.


Mungkin sebab Lokman ni satu-satu lelaki dalam adik beradiknya, dialah yang paling menyerlah dgn semangat jihad. Alangkah bagusnya kalau semua ibu bapa bersikap seperti Dr Zainurrashid. Pada aku, Dr Zainurrashid sudah berjaya membentuk baitul Muslim. Kagum… aku betul2 kagum dengan family ni.






p/s: Lihatlah bagaimana kanak2 melihat masa hadapan mereka.... kadangkala pandangan mereka lebih jauh daripada pandangan mata kita!

Selamat Menyambut Eidul Adha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jumaat, November 14, 2008

Wahai Bulan



**************************************************************************************



Wahai bulan
Khabarkan padaku
Di mana letaknya bintang?
Ku kira ia hampir dengan mu
Masakan tidak
Kekasih berjanji dengan bulan bintang
Janji si uda
“Akan ku petik bulan bintang, ku hadiahkan kepadamu”
Tapi
Belum pernah ku dengar
Rakan-rakanku yang punya pacar
Menerima bintang
Mana mungkin orang bercinta berbohong..



Wahai bulan
Khabarkan padaku
Indahkan dirimu di sana?
Kata orang wajah yang jelita bak bulan purnama
Ku hairan
Guru sains ku bilang
Bulan itu penuh kawah…
Indahkah wajah mereka yang berkawah?

Wahai bulan
Berikan ku jawapan…





*******************************************************************************


Sabtu, November 08, 2008

SEKOLAH TERSAYANG..


Di tag olah HANISAH

1. Who were your seatmates?
form 1: Farah Murshidah
form 2: Ismah
form 3: nggak ingat sih..
form 4: Athariah Auni
form 5: Marliana

2. Still remember your English teacher?
form 1,2 & 3: Teacher Normah
form 4 & 5: Miss Farah

3. What was your class name?
form 1: 1B
form 2: 2A
form 3: 3Aurum
form 4: 409
form 5: 509

4. Who was your first love then?
Hehehe...

5. Made friends to the lower years?
yup.. satu homeroom

6. Had a boyfriend/girlfriend?
yup...

7. How was your table arrangement in class?
V shape (tak tau nak trg lagu mana..)

8. Made any enemies?
nggak ada bu...

9. What games did you play?
ntah.. tak ingat pun..

10. Did you buy your lunch?
tak.. ds MRSM Taiping sgt sedap...

11. Were you a party animal?
~nope

12. SKIP CLASSES?
tak pernah.. tapi pernah skip prep masa kat MRSM Pendang.. dok kat bilik BWP coz BWP pun tak g prep..

13. Did you get suspended/expelled?
Tidak pernah sama sekali... saya budak baik di sekolah dl..

14. Can you sing the School song?
wahai putra-putri bangsaku... (lagu MRSM)
...
Ini bumi yang ku pijak...
Ini langit yang ku junjung..
Taiping bertuah bersejarah...(MRSM Taiping)

15. What was your favorite subject?
Islamic stud, Add Math, Chem, Biology..

16. What was your school's full name?
MJSC PENDANG
MJSC TAIPING

17. Did you go to the dances?
No

18. Where did you go most often during breaks?
Jalan2 cari makan.

19. If you could go back in time and do it all over, would you?
Mesti la.. tgh rindu kat classmate ni..

20. What do you remember most about 5th years?
My birthday..
precious birhday present. My classmt pray for me.. together..

21. Worst memory in 5th year?
jatuh pentas masa persembhn...
nasib baik memang scene kelam kabut.. so org tak tau yg aku jatuh betul2.. huhuhu..


Kepulangan yg 'dinanti'....

Aku mau pulang...
Pulang ke Parit Buntar!

Mak, mak mesti rindu kat wati kan?

Abah...



Kinah... Eno..



Oh.. Kemale'..!




Abdullah apa habaq?





Sabtu, November 01, 2008

Aku Naik Pelamin



Alhamdulillah... cuti hujung mingu ni aku dapat rezeki pergi kenduri kahwin sepupu Sab. Orangnyer sangat kaya. So aku jadi excited sebab aku dapat rasa aura 'makanan sedap' dari sana. Kendurinya di Bandar Baru Bangi.

Perkara yang paling meneronokkan kat sana ialah masa kami ramai2 bergambar atas pelamin. Tak tau la apa yang best sangat dok kat situ.

Kami juga (Sabrina, Farah Lokman, Khausar dan aku) sempat bertemu dengan anak penulis Abu Hassan Murad (Penulis novel JULIA) yang juga seorang penulis novel masa kenduri tu. Namanya Ummu Hani Abu Hassan (Antara karyanya ialah Ladang Hati Mustika). Dia juga banyak menulis untuk majalah ANIS. Bertuah rasanya dapat bertemu dengan penulis muda ni yang masih menuntut dalam jurusan Usuluddin (tgh amik Master Degree). Sempat kami berkongsi cerita ttg kerjaya ayahnya sebagai penerbit.



Pengantin lelaki ni la sepupu Sab..
Nasi ape ntah ni. Rasa nasi beriani kot...
Kami diberi tempat makan khas disebabkan tak cukup tempat. Kami makan di halaman rumah Othman Puteh
Lepas makan, kami menilik lilin2 yang comel ni..


Pulut kuning ni aku tak tau jadi apa..
Sanggup ke nak makan? Dah terdedah begitu lama.. rugi, nampak cantik dan sedap dimakan tetapi terdedah hanya untuk tatapan orang ramai.

Penat makan...! Kami hanya mampu duduk bersembang sahaja setelah kekenyangan...


Wah... Akhirnya merasa juga aku 'naik pelamin' !! Hehehe...


Terima kasih tuan rumah atas cenderahati yang comel ni...