Isnin, Ogos 24, 2009

CERITA MELAYU vs CERITA CINA n JEPUN…


Sejak kebelakangan ni, aku lebih banyak habiskan masa menonton cerita Cina berbanding cerita Melayu sampai mak aku bising –“Haii.. dah tak de cerita Melayu ke nak tengok?”. Bukan cerita Melayu tak best, tapi aku rasa cerita cina ni lebih banyak pengajaran dan jauh lebih logic. Banyak benda kita boleh belajar dari cerita cina ni… contohnya strategi diorang berniaga, sikap optimis orang cina, cara diorang mendidik anak,cara diorang menipu dalam berniaga (ini bukan pengajaran tapi peringatan supaya x ditipu peniaga-peniaga cina) dan cara diorang atasi masalah dalam perniagaan.


Dah lama sebenarnya aku teringin belajar camne nak maju dalam bisnes macam orang cina, tapi bila aku fikir-fikir, nak kerja dengan orang cina ni banyak songeh (tak percaya tanya Auni, dia pernah kena tipu dengan tauke kedai cina..) So, salah satu cara nak belajar berniaga ialah dengan tengok orang lain berniaga dalam TV.


Selama yang aku perasan la kan, diorang ni (orang cina) tak de lah nak pakai teori-teori bisnes yang kita belajar masa IB tu sangat. Kadang2 tu sampai ada yang bertentangan dengan teori, tapi aku tengok diorang survive je dengan perniagaan diorang. Diorang ni banyak yang belajar dari pengalaman dan pemerhatian. Memang aku puji semangat orang cina, diorang tak pernah kenal putus asa dan berani ambil risiko (risk taker-IB profile).


*********


Cerita Jepun pun aku suka tengok gak. Part yang paling aku suka adalah masa scene pelakon-pelakon bekerja dalam pejabat. Fuuhhh…. Sangat jauh berbeza dengan filem Melayu. Perasan tak kalau dalam filem Melayu, suasana orang yang bekerja dalam pejabat mesti sangat boring. sikit-sikit meeting, sikit-sikit meeting. Berbeza dengan cerita Jepun. Suasana bekerja yang sangat2 hectic kita boleh nampak dalam filem Jepun. Diorang bekerja sangat cepat dan sentiasa pastikan hasil kerja diorang di tahap yang paling baik walaupun hanya kertas kerja untuk buat jamuan tahunan syarikat. Daripada filem pun, kita boleh tahu perbezaan budaya kerja dalam masyarakat Melayu dan Jepun. Tak tahu la apa orang Jepun akan cakap kalau diorang tengok filem Melayu… silap2 hari bulan diorang ingat kita ni pemalas…


Sabtu, Ogos 01, 2009

DILEMA SEORANG PEMBACA BUKU..



Tak tau lah kenapa dengan aku sejak dua tiga hari ni. Risau semacam... Tiba-tiba aku terfikir. Betul ke aku ni nak amik medic? Aku bakal lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah!... Waaaa... !!! AKU TAK PERCAYA.. TAK PERCAYA.. Rasa macam bukan diri aku.

Petang tadi, aku terpandang buku Biology (RAVEN) n buku tu buatkan aku rasa takut. Itu baru buku Biology, bukan buku ANATOMY pun... Terus terang aku cakap, aku tak de kemampuan untuk baca buku dalam tempoh yang lama. Beberapa hari ni, aku try buat eksperimen. Paling lama aku boleh bertahan hanya 20 minit. Lebih daripada tu, aku rasa cam nak nangis.. Rasa nak memberontak jer..

Dah berapa kali aku cakap kat diri aku "Aku boleh baca buku ni. FOKUS.. FOKUS..!". Aku tak tau masalah ni orang lain ada jugak ke tak. Bagi aku, masalah ni agak kronik sebab aku ni bakal amik jurusan yang memerlukan bacaan dan hafalan yang sgt banyak. Aku pernah terfikir yang aku tak mampu nak habiskan 6 tahun ijazah perubatan aku. Tiap-tiap hari aku kena mengadap buku setebal buku RAVEN yg font size nye bukan 18 or 20 tapi sekecil font 12.

Masa kat KMS dulu, aku selalu cuak tengok Rose n Asmaa' baca buku lama. Aku heran, camne diorang boleh bertahan baca buku untuk satu dua jam. Dah la tu, buku yg diorang baca bukan calang-calang buku. Rose baca buku ALLOT yg hitam putih n Asmaa' lak baca buku Fizik GIANCOLLI dia yg tebal tu... Dalam hati aku, "Tabah nyer diorang membaca..."

Aku harap sangat sesiapa yang ada kemampuan baca 'buku lama-lama' dapat kongsi skill korang ngan aku. Aku harap dapat cope dengan masalah ni sebelum aku sambung ijazah nanti. Masih ada masa sebulan...