Isnin, Ogos 24, 2009

CERITA MELAYU vs CERITA CINA n JEPUN…


Sejak kebelakangan ni, aku lebih banyak habiskan masa menonton cerita Cina berbanding cerita Melayu sampai mak aku bising –“Haii.. dah tak de cerita Melayu ke nak tengok?”. Bukan cerita Melayu tak best, tapi aku rasa cerita cina ni lebih banyak pengajaran dan jauh lebih logic. Banyak benda kita boleh belajar dari cerita cina ni… contohnya strategi diorang berniaga, sikap optimis orang cina, cara diorang mendidik anak,cara diorang menipu dalam berniaga (ini bukan pengajaran tapi peringatan supaya x ditipu peniaga-peniaga cina) dan cara diorang atasi masalah dalam perniagaan.


Dah lama sebenarnya aku teringin belajar camne nak maju dalam bisnes macam orang cina, tapi bila aku fikir-fikir, nak kerja dengan orang cina ni banyak songeh (tak percaya tanya Auni, dia pernah kena tipu dengan tauke kedai cina..) So, salah satu cara nak belajar berniaga ialah dengan tengok orang lain berniaga dalam TV.


Selama yang aku perasan la kan, diorang ni (orang cina) tak de lah nak pakai teori-teori bisnes yang kita belajar masa IB tu sangat. Kadang2 tu sampai ada yang bertentangan dengan teori, tapi aku tengok diorang survive je dengan perniagaan diorang. Diorang ni banyak yang belajar dari pengalaman dan pemerhatian. Memang aku puji semangat orang cina, diorang tak pernah kenal putus asa dan berani ambil risiko (risk taker-IB profile).


*********


Cerita Jepun pun aku suka tengok gak. Part yang paling aku suka adalah masa scene pelakon-pelakon bekerja dalam pejabat. Fuuhhh…. Sangat jauh berbeza dengan filem Melayu. Perasan tak kalau dalam filem Melayu, suasana orang yang bekerja dalam pejabat mesti sangat boring. sikit-sikit meeting, sikit-sikit meeting. Berbeza dengan cerita Jepun. Suasana bekerja yang sangat2 hectic kita boleh nampak dalam filem Jepun. Diorang bekerja sangat cepat dan sentiasa pastikan hasil kerja diorang di tahap yang paling baik walaupun hanya kertas kerja untuk buat jamuan tahunan syarikat. Daripada filem pun, kita boleh tahu perbezaan budaya kerja dalam masyarakat Melayu dan Jepun. Tak tahu la apa orang Jepun akan cakap kalau diorang tengok filem Melayu… silap2 hari bulan diorang ingat kita ni pemalas…


6 ulasan:

Muhammad Hilmi berkata...

Betul2..perbezaan inilah yg menjadikan mereka jauh lebih maju berbanding kita..

sab berkata...

betul tu che' pa

sofiabdullah berkata...

selain cerita cina ke jepun ke jangan lupa tengok Jejak Rasul 6.30 pm tv3 dan the land of prophet tv1 jam 11malam.Banyak pengajaran dan pengiktibaran...mengajar erti jihad

sofiabdullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-Shafawati- berkata...

>> hilmi: betul tu.. tapi nasib baik filem kita masih banyak lagi yg memaparkan nilai murni dan kesopanan. Jauh lebih baik dari drama Indonesia kot..

>> sab: apa yg betul tu sab? huhuh..

>> ustaz sofi: terima kasih ustaz sebab ziarah blog saya. segan la pulak.. Tak silap saya Jejak Rasul skang dah tukar ke pukul 6 kot.. Tha land of Prophet tu saya tak pernah tgk. terima ksih ustaz bg tau..

sab berkata...

setuju dengan entry ni.

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan