Jumaat, September 04, 2009

MEREKA KATA KITA PELIK...



Petang tadi abang aku bercerita tentang perkara menarik yang berlaku kat tempat kerja dia. Sorang customer dia (pak cik cina) datang sembang... katanya:

Saya pelik dengan lu suma ni.. panas2 cam gini boleh lagi tak makan n tak minum (a.k.a puasa). Dah la tu, nak kena kerja dari pagi sampai petang bawah matahari terik...(merujuk kepada kerja abang aku kat stesen Petronas.. ). tak penat ke?

Lagi satu, kenapa ya.. kamu semua orang Melayu masih nak sedekah dan bagi duit kat orang? Bukan ke ekonomi tengah gawat sekarang?

Huuuhhh... camne ek nak terang kat diorang kalau kita ditanya camtu?
Kalau jawab:

ooo.. kami semua tak kisah, ni suma suruhan Allah, Tuhan kami. Kami sebagai hamba kena la taat..

nanti diorang ingat kita ni membuta tuli ikut agama, or

ni semua hanya dugaan dunia.. kami semua yakin dengan ganjaran akhirat seperti yang dijanjikan Tuhan kami..

Diorang boleh terima ke kalau cakap bab pahala? or

ini semua dikira ibadah dalam agama Islam. setiap ibadah ada signifikan nye. kami berpuasa untuk merasai keperitan seperti yang dialami orang2 miskin supaya kami insaf di samping mendekatkan diri kepada Allah. Kami bersedekah untuk berkongsi nikmat dengan golongan yang kurang berkemampuan..

yang ni agak ok sikit... logik dan boleh diterima akal. Lagi pun memang ini yang diajar oleh agama.. or


kami berpuasa bukan setakat nak tahan lapar atau dahaga saja. kami juga disuruh mengawal diri daripada melakukan perkara sia-sia. Kami berpuasa untuk mendidik nafsu..

yang ni nampak islamik sangat...or

pak cik tau tak, puasa tu elok untuk kesihatan? Kita boleh merehatkan sistem penghadaman dan ianya dah dibuktikan oleh pakar perubatan sebagai cara terbaik untuk mengawal komposisi darah dan bendalir badan.. Berpuasa jugak boleh turunkan berat badan, pak cik...

ni saintifik sgt la pulak, tak sesuai untuk pak cik ni.. mungkin sesuai bagi org yang hanya percaya pada bukti2 sains seperti orang cerdik pandai...

mmm.... mana satu jawapan yg best ek?





p/s - Pernah ke kita bertanya kenapa kita berpuasa? Jawapan mana yang sesuai untuk diri sendiri..? Tepuk dada tanya iman..

4 ulasan:

rainbOw berkata...

cm best je header blog ko..cmtu ke bgunan kt czech?mnarik ny..ak kt cni pn kne bnde y same gak,dieorg tnye,nape kne puase?nape kne sembelih?nape pkai sluar pnjang?nape solat?nape 5waktu?blabla..gilo pening!!

ajeem_hazim berkata...

tulah namanya dugaan wahai en shazmin oi...hehe herm aku rase sume tuh boleh jek kite gne nak terangkan... but kne ah gne kaedah hikmah..means x gne emosi lah klu nk trg bnde2 nie kat mereka yg x kenal islam nie lagi..adlh menjadi tanggungjawab kite nk bagitau apa itu ISLAM??? hehe

Tanpa Nama berkata...

yg third mcm ok..hehehe..(sje tumpang)

-Shafawati- berkata...

>> shazmin: header tu gambar dari citer kartun la, bukan bgnn kat Czech.. betul la kata ustaz Uda masa program KUPAS, kita kena banyak buat persediaan sblm g oversea. kat malaysia pun org dah tanya soklan cam gitu, apatah lagi kat negara yg majoritinya bukan Islam..

>> hazim: betul.. betul.. kita belajar kat tempat orang bukan setakat nak menimba ilmu orang tp untuk berdakwah supaya mereka turut mengenal Islam sekaligus mengikis tanggapan buruk mereka ttg Islam..

>> tanpa nama: saya pun rasa yg ketiga tu ok sikit...

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan