Sabtu, Januari 02, 2010

Prague - Manchester - Telford.. FUIYO!!

Alhamdulillah.. cuti new year ni, aku ain n Sab berkesempatan 'berjalan-jalan' ke UK. Banyak ilmu yang kami timba especially masa program FUIYO 2009 anjuran iluvislam.com. Perjalanan 8 hari 8 malam mengenalkan kami tentang kehidupan di UK. Ianya betul2 buatkan kami rasa cemburu dengan pelajar di sana. Nak tau sebab apa? Sebabnyer..

Banyak nyer makanan HALAL.


Ini merupakan sebab utama kami terasa nak datang lagi ke UK. Senang sangat nak cari kedai makanan yang halal kat sana. Kedai Fast Food, Restoran Mewah, Chinese Food, Indian Food, Arabian Food n banyak lagi kedai makan sampai tak boleh nak sebut. Ada satu kawasan kat Oxford Street namanya Rusholme dah jadi satu kawasan pekan orang Islam sebab kat situ ada banyak kedai orang Muslim. Kedai yang menjadi favourite kami bertiga ialah kedai aiskrim Moonlight. Setiap malam, walaupun salji lebat, kami tetap singgah ke sana untuk makan aiskrim. Sebab tu la kami semua selesema bila balik Prague. Maklumlah.. nak melepaskan rindu pada aiskrim. Rasanya dah lebih 3 bulan kami tak makan aiskrim kat Prague. Alhamdulillah... betul2 puas hati kami. Bila lagi nak makan aiskrim..


Indahnya tinggal dalam komuniti Islam

Satu perkara lagi yang tak dapat kami lupakan tentang Manchester ni adalah jiran2 Kak Dalila (akak tuan rumah) yang sangat ramah. Mungkin kerana mereka kebanyakannye orang Islam, kami dapat rasakan talian ukhuwah yang sangat kuat walaupun berbeza rumpun bangsa. Tidak kira dia orang Pakistan, Arab, Algeria, India, atau Afrika mereka pasti akan senyum kepada kami ketika kami keluar rumah. Bila kami terpaksa meredah salji dan ais, pasti ada yang akan menegur, "Becareful girls, it's slippery". Terharu kami. Sob.. sob...


Warga UK yang ramah


Tak dinafikan penduduk kat UK ni sangat ramah. Bila kitorang minta tanya jalan, diorang tak kekok untuk bagi tau dengan muka manis. Dibandingkan dengan sini, orang Czech agak unpredictable. Kejap2 ramah, kejap2 garang, kejap2 tak mesra alam n kejap2 terlebih ramah...


FUIYO 2009 yang fuiyooo..!!!


Selepas sakan berjalan-jalan 3 hari di Manchester, baru la kami tiba di Telford untuk program FUIYO. Alhamdulillah, program selama 4 hari ni betul-betul bermanfaat bagi kami di samping memberi kami kesempatan untuk membina ukhuwwah dengan sahabat2 baru dari seluruh pelosok Eropah. Perbincang dalam sesi LDK bersama pelajar dari pelbagai bidang dan kepakaran telah membuka mata kami tentang isu semasa. Kadang2, bila dah terlalu sibuk dengan study, kita terlalai untuk mengambil tahu pasal masalah umat. Antara pengisian yang paling aku sukai ialah ceramah pasal kebangkitan golongan muda dalam mengubah situasi politik negara. Terima kasih i luv islam dan krew FUIYO atas program yang excellent ni..
Stadium Old Trafford yang sempat kami singgah..

World of Islam.. memang world. tempat jual barangan Islam.
Hajat di hati nak beli VCD maher zain tapi tak kesampaian.


Salji lebat camni kitorang masih gatal nak keluar jalan.

Manchester Airport

Rumah kak Nurdalila

Pemandangandari luar stadium

Nasi Al Faham.. menu dari Jazera restaurant. Ada faham?

Pizza.. nampak x cheese yang banyak2 tu? (konon takut gemuk..)

Bersama peserta FUIYO..

Tempat penginapan kami masa program FUIYO kat Telford..

8 ulasan:

ada van de kamp berkata...

che ti x jmpa mimi ke? dia kt manchester. hehe

-Shafawati- berkata...

Tak jumpa dia.. syamimi ke? dia kat manchester? alaa.. rugi nyer tak cari dia..

ent berkata...

tahniah, teruskan menulis

faisalzulkifli berkata...

teruskan memberi..

joegrimjow berkata...

sambung el nino..

istiqmah dalam memberi

-Shafawati- berkata...

> ent, el nino dan joegrimjow:

Terima kasih

Qurrata 'Ayun berkata...

kak shafa tak jumpa ke cd maher zain yg akak nk tu kat uk? islamic bookshop sllunya banyak la.

oh ya,
salam ziarah!

-Shafawati- berkata...

waalaikumussalam (jawab kpd salam ziarah)

akak tak jumpa pun CD tu. aritu akak sempat g World of Islam jer.. takpe2, suatu hari nanti akak mesti akan g UK skali lagi. Insya-Allah kalau ada umur panjang.

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan