Ahad, Ogos 31, 2008

SEBELUM NAK ONLINE...



Sebelum nak online, aku akan cari wireless connection... Seronok sebenarnya kalau cari connection kat KMS ni. Macam2 nama ada.. yang senonoh ada, yang x senonoh pun ada... antara yang aku paling suka tengok ialah yang ini...



Banyak lagi yang best..

  1. Baylee Boroi
  2. Oooh Boy You Drive Me Crazy
  3. Hilmi kena pawn
  4. Connect kt aku dpt internet dow!
  5. Dota pink slip

Selasa, Ogos 26, 2008

EE...eeeeiii...CONFUSE!


Sedihnya… semalam baru antar EE first draft dan hari ni jugak Puan Khomah dah habis tanda.. waduuhh… banyak gak komen yang cikgu bagi… antaranya:


“Saya rasa data awak ni tak berapa banyak la.. kalau setakat 20 data ni je, kamu mungkin akan ada masalah nak buat analisis. Saya cadangkan kamu tambah lagi sampel untuk experiment… pelbagaikan jenis sample kamu ni.. kalau boleh, tambah lagi dua warna pewarna rambut…”

Rasa sedih la pulak dengar cikgu cakap camtu.. bukannya apa, nak tambah sample untuk ekperiment ni bagi aku agak susah la.. kos nyer bukan seringgit dua.. satu sample saja dah berharga RM27, kalau tengah promosi maybe dalam 21 ringgit. Bayangkan lah harganya kalau aku kena tambah sample:

RM 25 x 3 warna x 4 jenama = RM300

Tengok kos saje pun aku dah naik confuse… RM300? orang kalau nak buat EE memang kena kuarkan kos sampai 300 ke?


Bukannyer aku tak de duit, tapi kalau nak dikira, pelaburan aku ni agak berisiko kan? Betul x hanisah (pakar runding risiko)? Keadaan KMS ni dah la x stabil… EE, IA TOK Essay semuanya under microscope.. susah nak dapat A. Cikgu sendiri pun tak sangka EE senior yang lebih bagus drpd batch sebelum ni pun boleh dapat C. Akak first batch tu dah la dapat A. Tak paham aku… Rasa macam nak tukar tajuk jer… tapi, BERBALOI ke?



Jumaat, Ogos 22, 2008

AYAT-AYAT FAVOURITE DI RUMAH.

Setiap kali aku balik umah, soalan-soalan ni pasti akan ditanya oleh family aku. Aku pun tak tau la dah berapa kali aku bagi jawapan yang sama….

Ayat mak…..

Mak: wati kat seremban belajar apa ek?
Aku: wati buat program persediaan untuk belajar medic.
Mak: ooo.. tapi kenapa wati kena belajar bisnes?
Aku: mmm… ntahlah. MARA nak student dia ada daya keusahawanan kot.. suh bukak klinik bila dah keje.

Ayat abah….

Abah: bila hang nak habis blajaq kat seremban?
Aku: lagi setahun…
Abah: uih..! awat lama sangat ?


Ayat kinah (adik aku)…

Kinah: Wati, bila lagi wati nak cuti?
Aku: Ntah la.. tak hafal calendar..

Ayat nisah (adik aku jugak)…

Nisah: wati balik ni ada beli buku baru?
Aku: tak de. Budget tak cukup. ( mana nak cukup kalau asyik beli makanan jer..). baca je la buku yang lama2 tu dulu..
Nisah: dah habis baca dah…


Ayat Najmi (adik lelaki aku)..

Najmi : wati, ada tak game baru tak dalam lap top wati?
Aku : x de! (tak tau ke, kakak kau ni tau main game colorlinez jer…)

Ayat dollah (my youngest brother)..

Dollah: wati, dollah nak pensil tekan wati ni!
Aku: boleh.. bagi akak 5 ringgit dulu..!

Ahad, Ogos 17, 2008

PULANG BERMALAM PADA WAKTU MALAM.

Cuti baru-baru ni merupakan kali pertama aku naik bas ke Parit Buntar pada waktu malam. Mungkin juga kali yang terakhir. Sedikit sebanyak catatan perjalanan.

16-08-08:

Pukul 9.30 malam

Check beg nak balik. Kot-kot tertinggal apa-apa benda penting (eg: air dan biskut2 untuk dimakan semasa dalam perjalanan). Lepas tu aku nak check tiket. Sebenarnya aku pun kurang pasti tiket aku pukul 9.30 atau 10.30 malam (tapi aku sedikit confident yang bas aku pukul 10.30). Pikir punya piker, baru teringat yang tiket aku ada dalam dompet.

DOMPET aku kat mana? Alamak! Baru nak cari dompet. Dompet aku ni suka sangat nak main sorok2 ngan aku. Malam ni jugak dia nak buat hal. Selalu cari jumpa, malam ni tak jumpa pulak. Aku pun mintak tolong ngan roommate tercinta aku , ROSE melalui YM untuk ingatkan aku kat mana aku letak dompet aku. Puas dicadangnya tempat2 yang berpotensi aku cicirkan..(eg:meja, sweater, katil, almari dan mana2 kawasan yang sewaktu dengannya..). Agak malang, lepas setengah jam baru aku jumpa wallet aku. Tengok tiket bas, nasib baik betul 10.30 mlm. Kalau kul 9.30 alamatnya aku berkampung la kat KMS lagi satu malam.

Pukul 10.00 malam

Aku cepat2 tutup laptop n telefon teksi seremban. Buat pertama kalinya aku ada sesi dialog dengan operator teksi…

Operator: hello, stesen teksi seremban (lebih kurang la ayat dia)
Aku: mintak satu cab kat kolej mara seremban gate B.
Operator: ha? Adik nak ke mana?
Aku: nak ke terminal one ( aku buat muka pelik. Tak pernah2 operator ni tanya aku nak ke mana..)
Operator: buat apa? Berapa orang?
Aku : nak balik kampung. Sorang jer.
Operator: kampung kat mana?
Aku: Parit Buntar (banyak soal pulak operator ni. Dia ingat aku nak fly pegi dating ke?)
Operator: OK!


Keluar2 bilik, aku rasa sedikit cuak sebab aku dengar suara2 lelaki yang datangnya entah dari mana. Mungkin peserta sukan yang datang tumpang kat kolej ni.

Pukul 10.05 malam

Aku sampai di terminal one. Jumpa dua orang budak junior and sorang classmate aku (identitinya dirahsiakan). Aku tak tau pun ada jugak orang yang balik lambat ngan aku. Punya la aku bersedih beberapa hari, berkurung dalam bilik sebab takut dgn suara lelaki2 tumpangan. Budak2 GEMAPUTRA tu katanya datang 18hb, tapi apesal datang awal pulak? Buat cuak jer…

Pukul 10.45 malam

Bas mula nak bertolak. Aku duduk sebelah budak junior. Awal perjalanan, junior tu buat SUDOKU n aku dengar radio IKIM. Tak berani nak bukak siaran lain, kot2 jadi apa2 tengah perjalanan.

Otak aku dah lama melayang ingat rumah.. tak sabar nak makan masakan mak..

Pukul 12.00 t/malam

Mata aku tak boleh nak lelap la. Puas aku pejam mata tapi bunyi bising besi2 kat atas aku ni buatkan aku tak boleh tido. Aku pun tak paham apa fungsi besi2 tu… nak kata hiasan, tak lawa pun.

17-08-08

Pukul 1.30 pagi

Aku terjaga setelah setengah jam tido. Perut aku sakit sebab terlalu lapar. Aku tak dinner pun hari tu. Hanya sempat makan Maggie Tom Yam jer tengah hari tadi (thnx ROSE for the lunch!). Bas ni berenti kat R&R Tapah (kalau tak silap la… semua R&R kan sama, mana aku nak cam malam2 buta ni!). Aku turun cuci muka dulu sebelum pegi cari makanan.

ADOI… tak de makanan best! Air yang best2 pun tak de (aku cari cendol)… Akhirnya aku naik bas balik dengan hati yang remuk. Terpaksalah aku makan biskut MUNCHY jer (ni pun ROSE punya!).

Pukul 3.45 pagi

Bas berenti di Stesen Kamunting. Junior tu turun dan aku kembali sepi. Tak de orang sebelah aku. Hahaha.. rasa sedikit aman. Sepanjang perjalanan ke Parit Buntar yang memakan masa sejam tu aku tak tido. Aku berharap bas ni dibawa laju2 sampai kena saman supaya aku boleh sampai rumah awal. Fikiran aku dah terbayang-bayang makanan apa yang ada kat dapur rumah aku. Jasad aku jer dalam bas, perut dah ada kat umah…

Pukul 5.00 pagi

Aku selamat sampai di stesen bas Parit Buntar. Abah dah siap tunggu. Maklumla… risaukan anak dara comel dia ni balik tengah2 malam. Parit Buntar ni dah la penuh dengan pendatang asing (mat2 bangla, Myanmar, Vietnam, indon, Kemboja suma ada.)

Setibanya aku di rumah, tempat pertama yg aku tuju adalah dapur. ALHAMDULILLAH… ada jugak cekodok sepinggan. Mak n adik2 aku tgh tido. Boleh la aku habiskan cekodok ni… huhuhu…



Sabtu, Ogos 16, 2008

Aku ingin seperti dahulu




Alangkah baiknya
Jika aku tidak tahu semua kebenaran
Kadang kala kebenaran ini meyakitkan
Hati jadi takut
Seram, gundah
Semuanya ada

Kenapalah tidak
Telinga ini dibiarkan pekak seketika
Mata ini dibutakan sekejap
Atau ingatan ini hilang begitu sahaja?
Bukan aku tidak mahu menerima hakikat
Tapi jika hati ini tidak cukup kuat
Lebih baik kebenaran ini dirahsiakan

Namun
Andai khabar ini adalah ujian dari-Mu
Ku pohon Ya Allah
Peliharalah imanku
Usah biarkan aku hanyut
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa
Izinkan ku kembali tenang
Seperti suatu ketika dahulu..


Khamis, Ogos 14, 2008

Take My Heart ! MY HEART IS YOUR STONE..



Try Not To Cry

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears


Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say



You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise


Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo


Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust


Waqas:
I throw stones at my eyes
’cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
’cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
’cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
’cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom


Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say


Album : My Ummah
By : Sami Yusuf

NAK PROMOTE JAP !



WAAAA... Seronoknyer.! Baru balik dari Term 1 ni. Haha.. aku nak sarankan kepada rakan-rakan kms semua supaya tak payah bazirkan duit gi Term 1 naik teksi. Dah beberapa kali aku ulang-alik Terminal 1 naik bas je. Jimat! Kalau nak ke Terminal 1, kena jalan kaki ke centre point dulu, pastu kena lintas jalan kat traffic light. Tambang cuma 80 sen (pastikan bawak duit yang cukup2, nanti konduktor tak bagi baki..). Tapi aku heran la.. apesal kalau dari Terminal 1 ke Cntr Point kena bayar RM1? Walaupun beza cuma 20 sen, tapi kalau dah setahun, boleh jadi berpuluh-puluh ringgit (betul ke aku kira ni?). Aku rasa budak2 laki mesti ramai yang dah expert bab naik2 bas ni. Minggu lepas, aku nampak junior turun dari bas kat depan Cntr Point. Baru balik dari sembahyang jumaat kot... Nampak diorang berbaju Melayu.

Alang-alang aku tulis pasal bas ni, aku nak mintak maaf banyak2 kat seseorang. Ada satu hari tu, aku naik bas dengan Hanisah dan Rose dari Terminal 1. Aku tak tau pun yang selama ni Hanisah fobia naik bas. Dia takut nak bersesak-sesak. Dah la kena berdiri dalam bas (tu la..aku bagi ko tempat duduk ko tak nak). Sori Emosah.. ! Lain kali, kita naik bas yang tak de orang ek...

Sabtu, Ogos 02, 2008

Destinasi Cinta Yang Kucari

Destinasi Cinta
Album : Munsyid : Mesticahttp://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku
Ya Allah


Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Pertama kali aku dengar lagu ni, hati aku sangat tersentuh. Memang betul kata-kata dalam lirik ni.. Selama ini ada manusia yang mencari-cari cinta, tapi sebenarnya ia ada di depan mata. Hanya kabur disebabkan dosa dan nafsu (mungkin aku adalah antara yang tergolong dalam golongan ni).. Astaghfirullah al azim.. Moga Allah masih lagi membuka peluang buat aku..