Cuti baru-baru ni merupakan kali pertama aku naik bas ke Parit Buntar pada waktu malam. Mungkin juga kali yang terakhir. Sedikit sebanyak catatan perjalanan.
16-08-08:
Pukul 9.30 malam
Check beg nak balik. Kot-kot tertinggal apa-apa benda penting (eg: air dan biskut2 untuk dimakan semasa dalam perjalanan). Lepas tu aku nak check tiket. Sebenarnya aku pun kurang pasti tiket aku pukul 9.30 atau 10.30 malam (tapi aku sedikit confident yang bas aku pukul 10.30). Pikir punya piker, baru teringat yang tiket aku ada dalam dompet.
DOMPET aku kat mana? Alamak! Baru nak cari dompet. Dompet aku ni suka sangat nak main sorok2 ngan aku. Malam ni jugak dia nak buat hal. Selalu cari jumpa, malam ni tak jumpa pulak. Aku pun mintak tolong ngan roommate tercinta aku , ROSE melalui YM untuk ingatkan aku kat mana aku letak dompet aku. Puas dicadangnya tempat2 yang berpotensi aku cicirkan..(eg:meja, sweater, katil, almari dan mana2 kawasan yang sewaktu dengannya..). Agak malang, lepas setengah jam baru aku jumpa wallet aku. Tengok tiket bas, nasib baik betul 10.30 mlm. Kalau kul 9.30 alamatnya aku berkampung la kat KMS lagi satu malam.
Pukul 10.00 malam
Aku cepat2 tutup laptop n telefon teksi seremban. Buat pertama kalinya aku ada sesi dialog dengan operator teksi…
Operator: hello, stesen teksi seremban (lebih kurang la ayat dia)
Aku: mintak satu cab kat kolej mara seremban gate B.
Operator: ha? Adik nak ke mana?
Aku: nak ke terminal one ( aku buat muka pelik. Tak pernah2 operator ni tanya aku nak ke mana..)
Operator: buat apa? Berapa orang?
Aku : nak balik kampung. Sorang jer.
Operator: kampung kat mana?
Aku: Parit Buntar (banyak soal pulak operator ni. Dia ingat aku nak fly pegi dating ke?)
Operator: OK!
Keluar2 bilik, aku rasa sedikit cuak sebab aku dengar suara2 lelaki yang datangnya entah dari mana. Mungkin peserta sukan yang datang tumpang kat kolej ni.
Pukul 10.05 malam
Aku sampai di terminal one. Jumpa dua orang budak junior and sorang classmate aku (identitinya dirahsiakan). Aku tak tau pun ada jugak orang yang balik lambat ngan aku. Punya la aku bersedih beberapa hari, berkurung dalam bilik sebab takut dgn suara lelaki2 tumpangan. Budak2 GEMAPUTRA tu katanya datang 18hb, tapi apesal datang awal pulak? Buat cuak jer…
Pukul 10.45 malam
Bas mula nak bertolak. Aku duduk sebelah budak junior. Awal perjalanan, junior tu buat SUDOKU n aku dengar radio IKIM. Tak berani nak bukak siaran lain, kot2 jadi apa2 tengah perjalanan.
Otak aku dah lama melayang ingat rumah.. tak sabar nak makan masakan mak..
Pukul 12.00 t/malam
Mata aku tak boleh nak lelap la. Puas aku pejam mata tapi bunyi bising besi2 kat atas aku ni buatkan aku tak boleh tido. Aku pun tak paham apa fungsi besi2 tu… nak kata hiasan, tak lawa pun.
17-08-08
Pukul 1.30 pagi
Aku terjaga setelah setengah jam tido. Perut aku sakit sebab terlalu lapar. Aku tak dinner pun hari tu. Hanya sempat makan Maggie Tom Yam jer tengah hari tadi (thnx ROSE for the lunch!). Bas ni berenti kat R&R Tapah (kalau tak silap la… semua R&R kan sama, mana aku nak cam malam2 buta ni!). Aku turun cuci muka dulu sebelum pegi cari makanan.
ADOI… tak de makanan best! Air yang best2 pun tak de (aku cari cendol)… Akhirnya aku naik bas balik dengan hati yang remuk. Terpaksalah aku makan biskut MUNCHY jer (ni pun ROSE punya!).
Pukul 3.45 pagi
Bas berenti di Stesen Kamunting. Junior tu turun dan aku kembali sepi. Tak de orang sebelah aku. Hahaha.. rasa sedikit aman. Sepanjang perjalanan ke Parit Buntar yang memakan masa sejam tu aku tak tido. Aku berharap bas ni dibawa laju2 sampai kena saman supaya aku boleh sampai rumah awal. Fikiran aku dah terbayang-bayang makanan apa yang ada kat dapur rumah aku. Jasad aku jer dalam bas, perut dah ada kat umah…
Pukul 5.00 pagi
Aku selamat sampai di stesen bas Parit Buntar. Abah dah siap tunggu. Maklumla… risaukan anak dara comel dia ni balik tengah2 malam. Parit Buntar ni dah la penuh dengan pendatang asing (mat2 bangla, Myanmar, Vietnam, indon, Kemboja suma ada.)
Setibanya aku di rumah, tempat pertama yg aku tuju adalah dapur. ALHAMDULILLAH… ada jugak cekodok sepinggan. Mak n adik2 aku tgh tido. Boleh la aku habiskan cekodok ni… huhuhu…
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
1 ulasan:
pelik ye operator teksi tu..
bnyk lak intebiu ko..
siannye rumate ak ni
lapa...
cam sdey je kisah ko nih
isy2
pngajaran!~jgn beli tket bas lmbat2
EMOTICON :