Masa cuti haritu, aku ada buat satu eksperimen untuk menguji emosi kanak2. Aku try buat macam apa yang abang aku pernah buat kat aku masa aku kecik dulu. Eksperimen ni aku jalankan ke atas adik Akmal (anak jiran aku yang mak aku jaga).
- Cakap kuat2 kat dalam rumah " Mak..! Akmal buang air dalam seluar!"
- Tunggu respond dari kanak2 yang diuji
- Ulang langkah 1 dan 2 buat beberapa kali.
- Jika perlu, dapatkan bantuan adik beradik lain (supaya kesannya lebih cepat).
- Eksperimen dihentikan jika kanak2 tersebut didapati hampir menangis.
- Catatkan pemerhatian.
Pemerhatian:
- buat beberapa kali, Akmal akan menafikan fitnah yang cuba dilemparkan kepadanya..
- selepas seminit, wajahnya bertukar masam
- akmal menjadi lebih agresif, dia cuba melemparkan kereta mainannya ke arah aku.
- selepas beberapa minit, matanya mula berair.
- eksperimen terpaksa dihentikan sebelum mak dapat tau akmal nangis...
Kesimpulan:
Berdasarkan pemerhatian, aku dapat simpulkan yang kanak2 tak suka diri mereka difitnah. Mereka juga mungkin telah mempunyai perasaan malu seawal usia 3 tahun. Kanak2 akan bertindak sesuka hati untuk melindungi diri daripada dimalukan tetapi tidak pula tahu bagaimana untuk membuktikan bahawa mereka adalah benar.Mereka akan marah jika difitnah lalu menangis jika tidak mampu berbuat apa2.
Wajah Akmal sebelum eksperimen dijalankan..
Wajah Akmal selepas beberapa minit eksperimen.
Akmal terpaksa dipujuk apabila hampir menangis..
Hasil kajian aku ni membuatkan aku terfikir bahawa perasaan sensitif, geram dan rasa ingin melindungi diri ini telah wujud sjk kita kecil lagi.. Jadi, orang dewasa sepatutnya lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Dan kita sepatutnya mempunyai perasaan ingin melindungi apabila hak-hak kita atau SAUDARA-SAUDARA KITA dicabul... Peka kah kita? Atau kita ini tidak ubah seperti kanak2 berusia kurang dari tiga tahun.?
9 ulasan:
haha..lawak la my rumate ni..
tp pk2 balik..btol gak kan..
shafa. ib kate jgn buat experiment on living things. langgar ethics. jahat!
ooo... tak boleh ke?
(buat2 terkejut)
Tak pe la.. selagi tak de sape2 report kat IBO, aku still boleh amik exam!
aku la report nnt. hehe
shafa pembuli budak...
Emosah, ko tak tau ke, budak Akmal ni lagi kejam kat aku. Dia pernah buat hidung aku berdarah n muka aku bercalar tau! Kira baik la aku tak dera fizikal dia.. aku just test emosi dia jer...
hehe...kemale'..sori shafa bru bace..post byk2 lg psl kemale'
menariknya~
haha klakarnye.. kreatif nye awk~ singgah jap (^_^)best bace... keep it up ya.. tata...
EMOTICON :