Sabtu, September 06, 2008

Kisah Pemuda Zaman Ini (PART 1)..



Sementara aku teringat ni, baik aku kongsikan dengan korang suma kisah seorang pemuda yang bagi aku agak susah nak jumpa zaman sekarang. Kisahnya begini....




Ada seorang pemuda (namanya dirahsiakan). Aku gelarkan dia sebagai ‘F’ dan pemuda ni aku kenal benar dengan pekerti dia. Pada sekitar 2007, F telah dimasukkan ke sebuah kolej yang system didikannya ala-ala tentera. F ni baru balik dari Mesir sebenarnya (baru habis belajar syariah) dan dia bercadang untuk sambung belajar dalam bidang mekanik computer (tempoh belajar: 6 bulan).

F tidak pernah belajar di tempat yang pergaulannya bercampur laki n pompuan. Sejak berumur 11 tahun, dia hanya belajar di sekolah pondok di Kedah. Langsung tidak pernah berkomunikasi dgn pompuan. Tapi bila dah masuk ke kolej tu, dia tiba2 dilantik jadi Imam dan ketua pelajar di situ.

Dia jadi orang yang agak hot jugak dalam kolej tu. Maklumla, rupa dah ada, ditambah pulak dengan jawatan yang tinggi. Kadang2 F akan dapat surat yang entah dari siapa berbau cinta dan penuh dengan sajak2 jiwang. Surat2 cinta tu F tak baca, dia hanya bagi kat mak dia..Nasib baik, dia ada seorang sahabat yang sama2 dari Mesir belajar di situ. Dapat la saling membantu ‘top up’ iman..

Belajar di tengah2 environment yang sangat sosial ni bukan senang. Tambah2 pulak, ada pensyarah yang sengaja mencari kesalahan pelajar yang mempunyai basic agama dari Universiti al-Azhar ni. F pernah difitnah oleh pensyarahnya bahawa dia sengaja memegang perempuan ketika sesi pelajaran. Padahal semua budak kelas tu tahu yang perempuan tu sengaja nak menggedik dengan F.


" Ala.. kalau ustaz yang dari Mesir pun boleh pegang2 pompuan, apalagi la orang lain..." begitu la ayat2 sumbang yang cuba nak disebarkan oleh pensyarah itu ke seluruh kolej.

Selepas beberapa bulan belajar di sana, nak dijadikan cerita pulak, si F telah jatuh hati dgn sorang gurl di kolej itu(aku tak tau nama dia apa). Pompuan tu agaknya orang baik2 gak kot. Sebab dalam suasana kolej yang sangat sosial tu, masih wujud lagi pompuan yang langsung tidak bercakap dengan mana2 laki dan tidak couple lagi. Pakaiannya juga sopan dan boleh tahan lawa la orangnya.…

(bersambung di PART 2)....


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tertarik ngn this entry...mne part 2 nye?

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan