Selasa, September 30, 2008

Sehari Sebelum Raya



Kuih raya:

Tahun lepas, tugas menyorokkan kuih raya adalah di bawah tanggungjawab ayah aku. Tapi tahun ni, adik laki aku pulak yang kena. Patutlah susah sangat nak jumpa kuih raya sejak sehari dua ni. Nampaknya, adik aku dah jalankan amanah dia dengan baik sekali.


Baju raya:

Setakat ni, belum ada lagi adik-beradik aku yang dah ada baju raya. Menurut mak n ayah aku, kami akan buat cubaan berani mati malam ni. Cari kat pasar malam, kot2 ada penjual yang terjual murah. Kalau2 ada rezeki, dapat la pakai baju baru esok. Kalau tak, terpaksa la buat operasi selongkar almari malam ni… (hahaha.. eno, sorry la kalau wati pakai baju awak raya nanti…!)


Rumah:

Lantai dah siap mop, langsir dan sarung kusyen dah siap tukar. Selalunya rumah dihias oleh kakak aku, tapi memandangkan dia tak balik raya tahun ni, tak tau lah macam mana keadaan rumah kali ni..!


Lampu kelip2 dan pelita:

Oooo… disebabkan tak cukup budget n krisis minyak tanah, kami sekelurga tak terniat nak pasang lampu kelip2 n pelita. Lagi pun, kalau rumah aku menyerlah sangat, kesian kat jiran-jiran lain…

4 ulasan:

NHAR berkata...

tu la ko....
aku ajak shopping kat seremban x mau...

ceria seindah suria berkata...

weh
ape cite beb
ade bju raye x tahun ni akhirnye?

-Shafawati- berkata...

Ceh emosah, bila masa ko ajak aku?

Rose, aku tak de baju raya la.. dah la aku tak sempat bawak balik baju kuning kat locker aku tu... sedey...

NHAR berkata...

adala aku ajak...
ko yg buat2 x dgr...

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan