Teka, ni meja makan ke meja study?

Lihat jauh. Nun... di sana menanti segalanya!
Teka, ni meja makan ke meja study?
Alhamdulillah, setelah berpenat lelah mencari dan meronda satu Prague, akhirnya kami (Sabrina, amirah, hazwani n saya) berjaya dapatkan rumah yg sangat strategik n murah... skarang, dah tak perlu bangun awal lagi nak g lecture, tak payah tggu bas dalam kesejukan dan yang paling penting, tak payah bayar sewa hostel yang mahal..
Post kali ni didedikasikan khas buat kawan2 karlovo namesti (diyana, izyan, maira, azhani, ain, lyn n nadia). Terima kasih sebab sanggup menebalkan muka korang usung mop, periuk nasi, beg IKEA, ampaian dll naik trem, bas dan metro dari Troja ke Vinohrady. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian...
Terima kasih Azhani n Kak Yan..
Inilah kettle dan seterika yang byk berjasa memanaskan bilik kami...
Video ni diberi oleh Sabrina Lye. Cukup tersentuh....
Walaupun dah banyak video semacam ni ditonton, tapi still hati ni rasa sedih especially bila kanak2 datang serbu dan makan makanan dari tong sampah. Alhamdulillah... syukur aku dilahirkan di bumi Malaysia yang makmur. Setakat seharian tak makan ape lah sangat kalau nak dibandingkan dgn diorang... Malu.. betul2 malu...
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari
.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
بلغ عن الرسول(صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
Dah lama buku ni berada dalam simpanan aku. Hanya beberapa hari ni baru aku terasa rindu untuk terus pembacaan setelah tertunggak dek trial axam bulan lepas.
Membaca buku ni membuka minda dan memotivasikan aku. Buku ini mencatatkan perjalanan seorang doktor ortopedik berketurunan cina, Dr Ang Swee Chai ke
Beliau merupakan antara sukarelawan asing yang menjadi saksi peristiwa penyembelihan rakyat Palestin secara beramai di Shabra dan Shatila (15-18 September 1982). Peristiwa mengenai ‘perang saudara’ di Lubnan (1985) juga ada dicatatkan dalam buku ini sekaligus membawa pembaca kembali ke era peperangan yang banyak mengorbankan pemuda dan pemudi Palestin.
Bagi yang tengah rasa down sebab exam, ini ada satu kata-kata seorang rakyat palestin (dipetik dari buku ini) yang cukup membuatkan saya rasa termotivasi. Walaupun telah kehilangan ahli keluarga, namun semangat mereka sentiasa berkobar-kobar.
“Siapakah rakyat Palestin?” tanyanya. “Kami berada di mana-mana.
(Dari Beirut ke Jerusalem: Halaman 150)
p/s: Kepada sesiapa yang belum membaca buku ini, anda sangat2 disarankan untuk memilikinya. Hanya RM28, tak sampai harga top up anda sebulan.