Sabtu, Julai 19, 2008

GADIS DI KUBURAN

NISAN condong tegak bertaburan
Gadis menangis kehibaan
Tidak ada padang perjuangan
Pahlawan gugur tergelimpang

Lari gadis menyembam ke tanah
Diiringi sedu menggoncang bahu
Tenang pahlawan dipeluk bumi
Senyum terakhir tenang tersembunyi


Kenangan lama bermain di hati-
Pelukan dan kucupan kasih
Tidak ada garisan tepi-
Kata dipadu, janji dikunci.

‘Sungguhkah dinda?’ tanya pemuda
‘Benar, kanda,’ sahutnya manja
Ke jinjang pelamin setahun lagi
Hilir berbiduk ke laut hidup

Datanglah lamaran ke ayah bunda,
Penuh khidmat junjung berduli
Tapi pemuda emas sesaga
Tertolaklah lamaran, terurailah janji


Matahari bersembunyi di balik awan
Pulanglah orang membawa usungan
Air di kendi kekeringan
Terkejut gadis dari menungan

Melangkah gadis menahan denyutan
Pandangan terakhir terlempar ke nisan
Setangkai kemboja gugur perlahan
Merangkak senja menutup pandangan.

(1953)
Allahyarham Usman Awang



Untuk pengetahuan semua, inilah sajak kajian yang aku kena bentangkan tempoh hari. Aku juga kena deklamasikan sajak sebelum perbentangan... Fuhhhh.. aku sendiri terkejut yang aku dapat bersajak depan orang. Sampai sekarang aku tak percaya yang aku pernah bersajak depan classmate aku. Tak de lah dahsyat sangat aku rasa. Sekurang-kurangnya, sajak tu boleh la didengar dan tak memalukan diri aku... Kalau mak n abah aku dengar aku bersajak, mesti kena gelak punya..

Sebenarnya, sajak ni mengenai kisah cinta antara seorang gadis yang agak senang (kaya) dengan seorang pemuda miskin. Mereka ni memang dah bercinta sakan sehingga akhirnya Si pemuda menghantar rombongan untuk meminang gadis itu. Malangnya, peminangan itu telah ditolak oleh kedua orang tua gadis kerana pemuda tu tak kaya. Kesian...

Si pemuda telah mati kemudiannya kerana terlalu sedih. Menurut cikgu aku (Cikgu Azizah) sajak ini kemudiannya telah dipanjangkan kisahnya melalui cerpen bertajuk Uda dan Dara. Lepas tu, Usman Awang telah mencipta skrip drama bagi kisah ini dan dipentaskan dengan tajuk yang sama, Uda dan Dara. Menurut drama itu, pemuda (aka Uda) telah membawa diri mencari pekerjaan setelah lamarannya ditolak oleh ibu bapa Gadis (aka Dara). Dara kemudiannya telah dijodohkan dengan seorang tua yang kaya. Berita perkahwinan itu akhirnya diketahui Uda. Nak dipendekkan cerita, akibat terlalu sedih, Uda pun mati. Pastu, Dara pun mati. Boleh kata cerita ni macam Romeo dan Juliet versi Melayu la pulak kan..

Ni lah cerita cinta antara dua darjat yang aku yakin masih wujud lagi di masa sekarang ni.. Bagi aku, ibu bapa yang terlalu taksub nakkan menantu kaya ni agak berfikiran sempit. Nak naikkan status keluarga bukannya dengan perkahwinan sahaja. Ada banyak cara. Orang yang dulunya anak penoreh getah pun sekarang dah kaya jadi tauke getah. Bagi aku, kalau memang betul-betul nakkan anak dapat jodoh yang baik, tengoklah jugak dalaman calon menantu tu.. kalau dia seorang yang bertanggungjawab, mesti dia akan memasang azam yang kuat untuk memberi nafkah kepada tanggungannya.

Lelaki berjaya yang asalnya dari keluarga susah biasanya mempunyai jiwa yang kuat. Aku lebih kagum dengan orang yang macam ni. Bukan senang nak jadi senang tetapi bukan susah nak jadi susah.....

1 ulasan:

ceria seindah suria berkata...

alala...phewitt!!!~~
ko ade ade bakat trpendam la dlm brsajak..
cume x nak tnjuk je....

:f :D :x B-) b-( :@ x( :? ;;) :-B :| :)) :(( =(( :s :-j :-p :-o :-g :-x
Catat Ulasan